Wednesday 30 December 2009

Ekspedisi Bermaklumat PSDT

Assalamualaikum w.b.t

Baru2 ni Balqis, umi dan Ciksu Mira ikut rombongan Ekspedisi bermaklumat ke rumah Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) di Kuala Lumpur. Sebanyak 20 keluarga mengikuti rombongan ini dengan menaiki 2 buah bas. Kami bertolak lebih kurang jam 9.00am dari Kuala Terengganu pada 21.12.09 dan tiba di KL jam 6.30pm. Penginapan kami adalah di Institut Latihan MAKPEM, Bandar Baru Sentul.


dengar taklimat daripada pengerusi persatuan sebelum bertolak


Balqis dan ciksu Mira dalam bas. Seronok betul Balqis dapat naik bas

Selepas makan malam, kami semua berpeluang mendengar perkongsian ilmu tentang anak2 SD daripada Dr Sharifah Zainiyah Syed Yahya yang merupakan mantan presiden PSDM. Banyak perkara baru yang aku dapat daripada ceramah pada malam itu. Terutamanya tentang tingkahlaku anak2 SD yang bakal aku tempuhi bila Balqis semakin membesar nanti. Rupa2nya banyak lagi cabaran yang menanti aku dan suami untuk membesarkan anak istimewa kami ini.


cenderahati untuk Dr Syarifah

Keesokan harinya, kami melawat ke rumah PSDM yang terletak di Persiaran U-Tant. Rombongan kami disambut mesra oleh Presiden PSDM serta beberapa keluarga PSDM di sana. Selepas mendengar taklimat tentang PSDM, kami dihiburkan dengan persembahan dari anak2 DS di sana. Anak2 istimewa dari Trg juga tidak melepaskan peluang tunjuk bakat masing2. Menyanyi, bersilat, menari dan macam2 gaya lagi. Seronok tgk anak2 di gembira. Tapi semua persembahan itu berbentuk hiburan dan lagu2 masa kini. Tiba2 terlintas di fikiranku, kenapa anak2 ini tidak diisi dengan hiburan2 Islamic. Aku yakin, mereka boleh diasuh dan dididik dengan keimanan walaupun mereka tidak memahami tentang taklifan yang diwajibkan ke atas orang2 normal, sekurang2nya mereka tidak disibukkan dengan perkara2 yang melalaikan. InsyaAllah aku akan cuba mendidik balqis sebaik mungkin.


rumah Persatuan Down Sindrom Malaysia


sume pakat nak tunjuk bakat terpendam.


si kembar down sindrom


umi, adik pun nak wat persembahan gak. nak nasyid lagu
yang umi dan abi ajar tu


Lepas dah makan kenyang2 kami ke Putrajaya untuk solat. Kemudian pergi shopping kat Sogo. Tak tau nak beli apa. Beli baju je untuk Balqis. Penat betul berjalan seharian. Malam tu tido dengan nyenyaknya.

Pagi besoknya, kami bertolak pulang ke Kuala Trg lebih kurang jam 9. Alhamdulillah rombongan n kami selamat tiba sekitar jam 5 ptg. Apapun aku enjoy the trip. Seronok dapat berkenalan dengan ramai orang. Dapat berkongsi pengalaman dengan parents yang dah punya anak yang besar. Bayyak ilmu baru yang aku dapat daripada program kali ni. Hopefully next time abi dapat join sama dalam program2 persatuan.

kenapa cepat sangat nak balik ni umi. adik xnak balik lagi

Tuesday 8 December 2009

Kembara Qurban di Kemboja

Assalamualaikum...

Hari raya Haji tahun ni cukup bermakna buatku. Pertama kalinya aku menyambut hari raya di negara orang. Cambodia atau nama lamanya Kampuchea merupakan sebuah negara yang baru hendak membangun. Mempunyai penduduk minoriti Islam yang dikenali sebagai orang Cham di mana kebanyakan mereka termasuk dalam golongan miskin.

Kesempatan menghabiskan masa selama beberapa hari di sana merupakan pengalaman yang tidak akan aku lupakan. Ianya juga menjadikan sambutan ulangtahun perkahwinan ke-2 kami cukup istimewa. Untuk mendapatkan cerita lanjut boleh ke blog kekandaku.

salah sebuah rumah di tengah2 tasik Tonle Sap


yang di tengah tu adalah surau di Tasik Tonle Sap


lembu2 yang telah di "Qurban" kan

gotong royong siang daging

ahli rombongan


salah sebuah masjid yang dibina hasil sumbangan dari luar


gotong-royong memasak


nak tunjuk terror guna lesung yang panjang alunya


kaum wanita sibuk menyiapkan hidangan


hidangan yang sihat dan menyelerakan

aku berharap dapat berkunjung lagi ke sana di lain masa...

Wednesday 18 November 2009

Makan aje...

Asslamualaikum...

Esok hari terakhir persekolahan bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah. Kemudian kami akan bercuti panjang. Jangan jeles ye sape2 yang kena keje lagi tu. Aktiviti wajib pada akhir tahun adalah jamuan. Minggu ni tiap2 hari ada jamuan. Lepas ni kena pegi slimworld la nampaknya...

tahun ni buat kat Permai Inn


cikgu2 jangan berebut ye. Jangan potong Q


minum air je ke?


Cikgu Zaleha dapat cabutan bertuah basikal


ni hadiah2 ku


jamuan kelas 1 khazani


control macho la plak budak2 ni


habis jamuan kat sekolah, lepas ni kita makan kat kenduri kawin plak. emm makan jangan tak makan...

Balqis dah tumbuh gigi!

Assalamualaikum...

Lama tak citer pasal perkembangan puteri kesayanganku di sini. Hujung2 tahun ni sibuk la sikit dengan budak pekse dan bermacam2 laporan yang perlu disiapkan oleh cikgu2. Ditambah pulak dengan rasa malas nak menulis, maka jadilah blog ini sunyi sepi 1000 bahasa.

Mari kita perhatikan gambo kat bawah ni


eh eh! mulut sape plak yang ternganga ni?



oooo budak kecik ni rupanya. ha kawan2 nampak tak gigi saya yang cute tu?


Untuk pengetahuan semua peminat yang ternanti-nantikan kemunculan Balqis, inilah imej terbaru anakandaku dengan 5 batang gigi yang tumbuh satu demi satu. Umi dan Abi cukup seronok bila Balqis tumbuh gigi. Tapi ada jugak yang tak seronok. Setiap kali gigi baru nak tumbuh, Balqis akan demam atau muntah2 dan cirit birit. Kalau kena time Abi out station, penat la umi nak menguruskan Balqis sorang diri kat umah. Cubaan....

Balqis sekarang tengah belajar nak berdiri. Alhamdulillah perkembangannya cukup positif. Cuma berat badan dah susut sikit sebab cirit birit baru2 ni. 3 hari balqis tak nak makan. Asyik muntah je. Umi dan Abi sangat la risau. Harap2 Balqis sentiasa sihat sepanjang ketiadaan umi dan abi nanti ye...


ni gambo terbaru Balqis dengan tabiat lama yang masih belum ditinggalkan


Esok hari terakhir Balqis ke sekolah untuk tahun 2009. Hoorey cuti panjang! Emm walaupun bercuti tapi homework jangan lupa. Cikgu Anita dah bagi homework pada Balqis untuk dibuat sepanjang cuti sekolah ni. Sebenarnya homework untuk umi dan abi la tu...InsyaALLAH kita sama2 buat ye bang. Kalau boleh buka sekolah nanti Balqis dah boleh jalan. Amiin.

K la Balqis nak ucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua.


Thursday 29 October 2009

Tazkirah Jumaat

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,
'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah
Mengumpulmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
'Wahai Fulan Anak Si Fulan....
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,
'Wahai Fulan Anak Si Fulan
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung. .... Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,
'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang
Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya,
'Wahai Hamba-Ku.... .
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,
'Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Sunday 27 September 2009

1 Hari di Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya masih belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua. Semoga Ramadhan yang berlalu memberikan sejuta kebaikan untuk kita dalam meneruskan kembara di bumi Tuhan ini.

Tahun ni giliran beraya di rumah keluargaku. Sebenarnya dua2 rumah kami beraya sebab jarak antara rumah ibuku dan mertua tidaklah jauh. Besut ke Setiu mengambil masa lebih kurang 40 minit je. Raya pertama kami habiskan dengan menziarahi sanak saudara di Besut. Penat rasanya berjalan. Penat jugak makan macam2. Kebanyakan rumah yang kami kunjungi menghidangkan air "gas" yang membuatkan perut aku kembung. Takde pun rumah yang menghidangkan ribena. emm Nampaknya iklan ribena masih belum berjaya. Agaknya model yang digunakan kurang menarik perhatian. Jangan marah ye Maria. heheh!

Raya pertama bersama Tokma dan Tok Ayah



malamnya ada barbeque ank beranak plak


Balqis beraya lagi


Masa raya tahun lepas, umur Balqis baru 36 hari. So tak pergi berjalan sangat la. Tahun ni BAlqis dah setahun. Memang tak sempat nak tido Balqis. Duk ikut umi dan abi ke hulu ke hilir pergi beraya. Pagi raya pertama, Balqis sempat berbaju kurung sekejap. Tapi oleh kerana kain yang dibuat agak kecik pinggangnya, maka Balqis terpaksa tukar baju. Lagipun kalau pakai kain ni Balqis susah nak tunjukkan "gimnastik" dia.

Bab duit raya yang paling best. Tahun lepas duit Balqis mencecah 2k. Mungkin sebab raya ke-2 tu buat akikah dia kat kampung. Duit Balqis umi dah laburkan dalam koperasi HPA. InsyaALLAH, berkat pelaburan adik dalam tu. Tahun ni duit raya Balqis dah RM300 lebih. Ha..kepada sape2 yang belum dan berhajat nak bagi duit raya pada BAlqis tu cepat2 la ye. Kepada yang jauh dan x boleh nak jumpa ngan Balqis, boleh masukkan ke akaun umi dia dulu. heheh!

raya ke-3 Balqis mandi sungai



majlis hari raya kelab fasi...pinjam kopiah syamil aiman

......................................................................................................................................................................

P/s : hari ni dah 10 syawal. so kepada sape2 yang belum stat pose 6 (termasukla aku) cepat2 la kita lumba ye. Jom bang kita pose sama:-)

Sunday 6 September 2009

KOLOSTRUM: CECAIR BERNILAI EMAS




“Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit” pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.

“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu – talu kepada Husna. Risau benar dia.

Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan – persoalan yang sering diajukan oleh ibu – ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.

Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.” (Al-Jathiyah: 4). Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira – kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses – proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira – kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit – penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit – penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob – mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel – sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana – mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:

"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2)

Kajian – kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit – birit yang disebabkan oleh kuman – kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain – lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud,

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)


Fisiologi jumlah isipadu kolostrum

Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur – ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 – 96 jam berikutnya. Pada hari kelima – jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah – curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?

Antara tips – tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari – hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips – tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila – bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (‘rooming in’) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau ‘nursery’ ketika berada di hospital. ‘Rooming in’ amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda – tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (‘cross infection’) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak – anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos – mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

Oleh:

Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci (Kaunselor Laktasi)

Wednesday 26 August 2009

Selamat Hari Lahir Sayang

Assalamualaikum...


26 Ogos 2008
(25 Syaaban 1429H)

Peristiwa 1 - Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh

Peristiwa 2 - Balqis binti Muhammad Zaidan selamat dilahirkan pada 12.02 tengahari di HSNZ


26 Ogos 2009 (5 Ramadhan 1430H)

Genap la setahun usia puteri kesayanganku. Beberapa sms mengucapkan selamat hari lahir untuk Balqis aku terima dari teman2 yang ingat tarikh lahir Balqis. Thanks untuk semua. Agak2 apa yang Balqis dah boleh buat dalam usia sekarang ye. Emm...Jom kita tengok video ni





Alhamdulillah Balqis dah semakin aktif dan menunjukkan perkembangan yang baik. Kata cikgu Anita, kalau nak compare dengan kanak2 seperti Balqis, perkembangannya agak cepat. Di sekolah Balqis selalu dapat pujian cikgu.

"Very good la this girl"

"Orang lain belajar bulan ke bulan. Balqis belajar minggu ke minggu. Good girl"

Itu antara pujian2 untuk Balqis. Umi ngan Abi pun tumpang bangga dengan pujian demi pujian yang diberikan. Semoga Balqis boleh pecah rekod kanak2 SD yang paling cepat boleh jalan. Amiiin

Wednesday 19 August 2009

Ahlan Wasahlan Ya RAMADHAN

Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi. Pelbagai reaksi yang kuterima menjelang ramadhan yang akan datang dua tiga hari lagi...

Situasi 1

"Nak homework tak cuti ni?" aku pura2 bertanya soalan yang aku sendiri sudah tahu jawapannya kepada anak2 muridku.

"ala cikgu, x payah homework la. Pose letih la cikgu. malam nak terawih pulak" pandai pulak budak2 ni mereka alasan

Situasi 2

"Emm ada seminggu lagi masa kita boleh makan" kata cikgu A

"Kenapa pulak?" cikgu B kebingungan

"Yela, minggu depan nak pose dah" cikgu A mengingatkan cikgu B

"Ha'ah la. jap je kan. Pose yang lepas x abis lagi ni" Cikgu B mula tersedar


Itulah antara 'persiapan' dan tanggapan sesetengah orang terhadap ramadhan. Pada aku, inilah saat yang dinanti2kan sekian lama. Aku langsung tidak terasa manisnya ramadhan pada tahun lepas kerana tidak dapat berpuasa dan berterawih selama sebulan. Kedatangan Balqis seminggu sebelum tibanya ramadhan menyebabkan aku menyambut kedatangan ramadhan yang lalu dalam keadaan berpantang. Semoga Ramadhan kali ini adalah ramadhan terbaik untuk kita semua. Selamat beribadat diucapkan kepada semua

Doa Awal Ramadhan

"Ya ALLAH, telah tiba bulan Ramadhan dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini. Dan engkau telah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk untuk sekalian manusia dan sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran. Ya ALLAH, bantuilah kami untuk mengerjakan ibadah puasa. terimalah puasa kami dan peliharalah puasa bagi kami dalam kemudahan dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Wahai Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Thursday 23 July 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini

Assalamualaikum...

Ini e-mail yang aku dapat dari seorang teman



Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.


Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.



Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

..........................................................................................................................................................................

catatanku: Sebelum membaca emel ini, aku sendiri tidak tahu apa2 tentang berita ini. Semoga roh beliau tenang di sana. Al-fatihah

Senyuman Sang Puteri

Assalamualaikum...

Lama sangat dah tak update blog ni. Apa nak buat, penyakit malas sedang melanda. Tak tahu kat mana nak mula dulu cerita. So tengok jela posing2 terbaru dari my little cute princess ni ye.


senyum sampai tertutup mata


cuba teka Balqis duk tgk apa tu


Calon gadis Melayu terakhir


senyuman wanita beriman


alamak! cmne gambo ni boleh tersebar? malunya....


senyuman sape lagi menawan?


abi, hari ni adik rasa macam nak drive je...

Friday 29 May 2009

Mampukah e-Book Merubah Wajah Pendidikan Terengganu?

Assalamualaikum w.b.t

Majlis pelancaran e-Book sekolah2 negeri Terengganu telah diadakan pada 26 Mei 2009 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu dan telah dirasmikan oleh Y.A.B MB Terengganu. E-Book merupakan sebuah mini laptop yang memuatkan silibus sebagaimana buku teks bagi semua matapelajaran ditambah dengan 30 juzuk al-Quran dan panduan solat.
Penggunaan e-book akan menggantikan buku teks yang sedia ada.

ni la rupa e-book

Sebanyak 25000 unit e-book akan diberikan kepada murid2 tahun 5 seluruh negeri sebagai perintis. Bagi tujuan maintenance, 2 orang juruteknik ditempatkan di setiap daerah. Persoalannya mampukah e-book ni merubah wajah pendidikan negeri Terengganu ke arah yang lebih baik?

Secara peribadi aku berpendapat, penggunaan e-book bagi menggantikan buku teks adalah tidak relevan. Walaupun ianya kelihatan sofisticated, canggih, mengikut perkembangan semasa tapi pada aku penggunaan buku teks tidak boleh dipandang rendah. Seorang murid yang datang ke perasmian tersebut bertanya kepada cikgunya

"Cikgu, ada game dok?"

Nampaknya 'game' adalah perkara utama yang difikirkan bila melihat e-book ini. Kalau buku teks pun penuh dengan 'vandalisme' nya, inikan pula e-book. Kerajaan negeri pastinya akan menghabiskan jutaan wang untuk menjaga dan membaikpulih e-book yang bakal dirosakkan oleh tangan2 yang nakal itu nanti. 2 orang technician belum tentu cukup untuk menjaga e-book di sebuah sekolah, inikan pula 1 daerah. Kalau nak bagi sangat, cukuplah 10 buah e-book bagi sebuah sekolah. tak perlulah diberikan kepada semua pelajar.

..........................................................................................................................................................................

Catatanku:

Ada baiknya wang itu digunakan untuk membuat program2 bagi membaikpulih akhlak pelajar2 negeri Terengganu yang semakin rosak.

Wednesday 20 May 2009

Balqis & Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni merupakan hari pertama Balqis dihantar ke sekolah Pusat Harian Sindrom Down yang terletak di Kuala Ibai. Setelah diberi keizinan oleh Pengetua, umi pulang seawal jam 1.00 ptg untuk bersiap-siap membawa Balqis ke kelas yang bermula jam 1.45 ptg. Umi dan Abi tak sabar dan begitu excited nak bawak Balqis ke sekolah. Sampai saja di hadapan sekolah, Balqis dah terlena di pangkuan umi.

"Alamak adik (panggilan Balqis di rumah) dah tido la" kata umi

"Bangun dik, dah sampai sekolah ni" Abi mematikan enjin kereta

Bila didukung keluar dari kereta je, Balqis dah jaga. Agaknya dia pun dah tak sabar nak belajar. Kedatangan kami disambut oleh Cikgu Anita dan anaknya, Sonia yang juga merupakan seorang anak istimewa seperti Balqis. Umurnya sudah mencecah 22 tahun. Dialah yang membantu ibunya menguruskan pusat tersebut.

"Hari ni saya akan buat assessment dulu untuk menilai sejauh mana tahap dan kemampuan dia" terang Cikgu Anita kepada kami.

Dia adalah seorang wanita berbangsa India yang berasal dari Melaka dan telah lama menetap di Terengganu. Telah lebih 12 tahun dia berkhidmat di Pusat itu sebagai trainer tetap.


sempat lagi dia posing kat sekolah

Cikgu anita meminta umi meletakkan Balqis. Dia mula membuat penilaian terhadap kebolehan Balqis secara fizikal. Kemudian dia menunjukkan beberapa excercise yang boleh dilakukan seperti latihan merangkak dan duduk. Dalam usia mencecah 9 bulan, Balqis belum boleh merangkak lagi.

"Biasanya budak macam ni bila boleh jalan?" umi bertanya kepada cikgu Balqis

"Paling awal pun 2 years. Ada yang sampai 4 years" jawapan itu membuatkan umi bertekad untuk train Balqis supaya memecahkan rekod 2 tahun itu. Balqis mesti boleh! Anak umi dan abi kan hebat...

kemahiran memegang objek

Cikgu Anita memberikan sedikit penjelasan kepada umi tentang tingkahlaku kanak2 SD. Memasuki tahun kedua, kanak2 ini akan mula menunjukkan sikap protes dan emosinya yang tinggi. Dia akan mudah merajuk, marah dan sebagainya. So umi dan abi perlu sabar berdepan dengan semua tu nanti. Mereka juga mempunyai memori yang sangat kuat. Haa kalau nak berjanji tu wajib ditepati.

Menghampiri jam 4 petang, Balqis mula keletihan. Dah berapa kali dia menguap. Akhirnya Cikgu Anita berpesan kepada umi supaya membawa gambar, salinan surat beranak dan tuala minggu depan. Alhamdulillah banyak benda yang umi belajar di sini.

imej terbaru "ustazah" BAlqis

Wednesday 13 May 2009

Muhasabah Seorang Isteri...

Assalamualaikum w.b.t

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...


1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
yang ni wat sokmo doh

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
yang ni pun ada

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
lebih 30 minit. kecuali time merajuk. heheh

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
belum pernah buat. tapi rasanya abang x suka trima hadiah:-)

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya) .
x boleh puji lebih2 takut riak plak...

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
biasanya aku yang selalu dipujuk

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
xdela. x make up pun

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
biasanya ckp "ok" je. x ucap pun timakasih

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
insyaALLAH ikhlas

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
i love u sayang...

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
biasanya kalau tgh wat keje lain tu dengar la jugak tapi xdela sampai berhenti...

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
sms je

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
ada gak

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
kadang kurang kadang lebih...ikut mood gak la

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
kalau x pnting biasanya sms je

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
so far x pnh lg la abg saja nk menjauhkan diri

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
ok

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
x pernah kena marah

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
alhamdulillah suamiku sorg yang ringan tulang

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
xyah pesan...abg memang selalu kabo

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
mesti la

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
tengok keadaan


23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
ada

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
kadang2 ada gak

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
yang sesat biasanya aku la

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
sabar

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
memang hobiku tukar channel. heheh

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
jaga

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
dia suka kot

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
tanya gak kdg2. mana tau dia x suka air yang kita buat

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
pilih sama2

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.
kdg lambat gak

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
gitu ke? tgk keadaan la

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.
hari2 istimewa je

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
x sempat nk g honeymoon...abi busy sokmo

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".
gurau2 ada la

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
x pernah

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
biasa la tu

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.
mana boleh sama. masa baru kenal ckp "ana enta"...

..........................................................................................................................................................................
Catatanku: I'll try my best to be a solehah wife

Monday 11 May 2009

Selamat Hari Ibu

My beloved MA & AYAH


Andai disusun emas segunung

Andai dirantai permata mutiara

Andai dihitung pasir di gurun

Andai diempang air di lautan

Tidak akan mampu menandingi pengorbanan

Serta kasih sayang seorang ibu

Terima kasih ibu

Atas apa yang telah engkau berikan kepadaku

SELAMAT HARI IBU

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: 2009 | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top