Monday 12 January 2009

Kisah Balqis - Part IV

Budak Baik

Anak umi sorang ni memang terkenal sebagai budak baik. Dia jarang menangis dan meragam. Langsung x menyusahkan umi. Jiran sebelah pun selalu tegur...

"tak dengar pun suara Balqis"

Emm umi pun senyum je. Sebenarnya ada gak time2 tertentu Balqis nangis kuat. tapi mungkin jiran2 x dengar. So setakat ini reputasi Balqis sebagai budak baik masih belum terjejas.

Salah satu habit balqis yang memang ikut perangai umi masa kecik2 dulu ialah isap jari. Habit ni selalu dikaitkan dengan sifat baik seseorang baby tu. So memang balqis umi ni terbukti dalam kategori budak baik...cam umi jugak. heheh!

Ha kat bawah tu blh tengok pose2 menarik dari Balqis untuk tatapan semua. Emm balqis dh besar nanti jangan saman umi plak sebab siarkan gambar2 adik ni kat public ye:-)




Friday 9 January 2009

Back to School

Assalamualaikum...

Cuti sekolah telah berakhir. Setelah 4 bulan lebih aku berstatus fulltime housewife, akhirnya aku kembali ke sekolah untuk bertugas seperti biasa. Maklumla dah lama sangat bercuti, nak kena panaskan enjin pun amik masa yang lama gak. Mood untuk bekerja perlu dikembalikan. Tugas2 penting banyak menantiku di sekolah.

Hari pertama persekolahan, berat rasa hati nak meninggalkan puteri kesayanganku. Balqis aku tinggalkan kepada mak sedara suamiku tidak jauh dari umah kami. Macam2 perasaan datang. Takut Balqis menangis, takut dia x nak minum susu yang kubekalkan, takut macam2. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Pulang dari sekolah aku terus mengambil Balqis. Kata Che De, Balqis budak baik, x meragam pun. Emm lega rasanya. Tapi dia kurang menyusu. Tak habis pun susu yang aku bekalkan tu. Mungkin dia lebih selesa menyusu direct dengan uminya daripada menyusu dengan botol. Kesian Balqis...makin kurus la dia nanti.

Harapanku semoga Balqis selesa dengan rutin barunya.
 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: January 2009 | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top