Friday 26 February 2010

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum...

Cuti Tahun Baru Cina baru2 ni kami sekeluarga bercuti ke pulau lagenda. Family Gathering belah Abi. Program yang dirancang sekian lama alhamdulillah akhirnya menjadi. Sekali sekala pergi bercuti best gak.


sebelum sampai Perlis, singgah jumpa kawan umi di Sg Petani. Makan di Radix Fried Chicken


sukanya dia boleh naik feri


alhamdulillah sampai gak di Jeti Kuah walaupun feri kami delay


seronok dapat mandi laut dengan sepupu2 dia


cabel car


di puncak


penghuni Pantai Pasir Tengkorak


shark di UnderWaterWorld


Sape2 yang nak gi Pulau Langkawi ni, aku nasihatkan x payah la gi time cuti camni. Ramai sangat manusia. Especially mat saleh yang duk berjemur kat pantai tu. Sangat la menyakitkan pandangan. Kenapala kerajaan tak buat peraturan berpakaian bagi pelancong2 ni biar sopan skt. Bukat takat kat pantai je dia separuh bogel, sampai kat pasar, naik cabel car pun pakai macam tu. tak reti base sungguh.

Tahun depan nak cuti kat mana lak abi?

Tuesday 2 February 2010

8P Tip Kebahagian Rumahtangga

Tip 8P daripada Us CT Nur Bahiyah

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

sama2 kita amalkan
 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: February 2010 | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top