Wednesday, 18 November 2009

Balqis dah tumbuh gigi!

Assalamualaikum...

Lama tak citer pasal perkembangan puteri kesayanganku di sini. Hujung2 tahun ni sibuk la sikit dengan budak pekse dan bermacam2 laporan yang perlu disiapkan oleh cikgu2. Ditambah pulak dengan rasa malas nak menulis, maka jadilah blog ini sunyi sepi 1000 bahasa.

Mari kita perhatikan gambo kat bawah ni


eh eh! mulut sape plak yang ternganga ni?



oooo budak kecik ni rupanya. ha kawan2 nampak tak gigi saya yang cute tu?


Untuk pengetahuan semua peminat yang ternanti-nantikan kemunculan Balqis, inilah imej terbaru anakandaku dengan 5 batang gigi yang tumbuh satu demi satu. Umi dan Abi cukup seronok bila Balqis tumbuh gigi. Tapi ada jugak yang tak seronok. Setiap kali gigi baru nak tumbuh, Balqis akan demam atau muntah2 dan cirit birit. Kalau kena time Abi out station, penat la umi nak menguruskan Balqis sorang diri kat umah. Cubaan....

Balqis sekarang tengah belajar nak berdiri. Alhamdulillah perkembangannya cukup positif. Cuma berat badan dah susut sikit sebab cirit birit baru2 ni. 3 hari balqis tak nak makan. Asyik muntah je. Umi dan Abi sangat la risau. Harap2 Balqis sentiasa sihat sepanjang ketiadaan umi dan abi nanti ye...


ni gambo terbaru Balqis dengan tabiat lama yang masih belum ditinggalkan


Esok hari terakhir Balqis ke sekolah untuk tahun 2009. Hoorey cuti panjang! Emm walaupun bercuti tapi homework jangan lupa. Cikgu Anita dah bagi homework pada Balqis untuk dibuat sepanjang cuti sekolah ni. Sebenarnya homework untuk umi dan abi la tu...InsyaALLAH kita sama2 buat ye bang. Kalau boleh buka sekolah nanti Balqis dah boleh jalan. Amiin.

K la Balqis nak ucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua.


1 comment:

~cApTuRe~ said...

waa..balqis dah tumbuh gigi laa..ichad pun dah tumbuh gigi..makin byk gigi..makin kuat la dye gigit org..klau org bergaduh dye pun nak join jugak..

ichad dah pandai jln sikit2..tp kena pegang lagi laa..kdg2 mse org sibuk2..dye bangun berdiri sendiri..

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: Balqis dah tumbuh gigi! | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top