Thursday 29 April 2010

Blog Tersadai

Assalamualaikum...

Sudah sekian lama blog aku ni tersadai terbiar begitu saja. xde ke sape2 yang volunteer nk tolong update blog ni. Almaklumlah tuan punya blog ni mim alif lam sin. Sebulan sekali nk buka internet pun susah. Bila abi nak potong internet aku x setuju. Apa2 aje la umi ni. Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan tapi apa nak buat, sindrom malasku semakin menjadi2.

Rasanya masih belum terlambat untukku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua. Alhamdulillah puasaku tahun ni penuh. Puasa pertama dalam keadaan berbadan dua. Usia kandunganku sekarang hampir masuk 35 minggu. Balqis pun rajin gosok perut umi. Agaknya x sabar dia nak dapat title kak long.

Ni gambar2 terkini kak long untuk sape2 yang rindukan Balqis

warna tema untuk raya kali ni BIRU


Picnic kat Lata Belatan. Balqis ni takut air. menangis dia bila umi letak dalam air. So duk kat tepi jela. Ditemani abang Chik dan abg irfan


Cantiknya anak umi pakai baju kurung. Tapi sayang mood x elok. nak nangis pulak


Ni kawan baru saya. Nama dia adik Hasif. blind date ngan Hasif kat Lagoon Kuala Ibai


Nama saya Balqis. Umur 2 tahun. saya best student kat sekolah

Pesanan untuk sape2 yang belum bagi duit raya kat Balqis, boleh la berbuat demikian. peluang masih terbuka:-)

Friday 26 February 2010

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum...

Cuti Tahun Baru Cina baru2 ni kami sekeluarga bercuti ke pulau lagenda. Family Gathering belah Abi. Program yang dirancang sekian lama alhamdulillah akhirnya menjadi. Sekali sekala pergi bercuti best gak.


sebelum sampai Perlis, singgah jumpa kawan umi di Sg Petani. Makan di Radix Fried Chicken


sukanya dia boleh naik feri


alhamdulillah sampai gak di Jeti Kuah walaupun feri kami delay


seronok dapat mandi laut dengan sepupu2 dia


cabel car


di puncak


penghuni Pantai Pasir Tengkorak


shark di UnderWaterWorld


Sape2 yang nak gi Pulau Langkawi ni, aku nasihatkan x payah la gi time cuti camni. Ramai sangat manusia. Especially mat saleh yang duk berjemur kat pantai tu. Sangat la menyakitkan pandangan. Kenapala kerajaan tak buat peraturan berpakaian bagi pelancong2 ni biar sopan skt. Bukat takat kat pantai je dia separuh bogel, sampai kat pasar, naik cabel car pun pakai macam tu. tak reti base sungguh.

Tahun depan nak cuti kat mana lak abi?

Tuesday 2 February 2010

8P Tip Kebahagian Rumahtangga

Tip 8P daripada Us CT Nur Bahiyah

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

sama2 kita amalkan

Sunday 24 January 2010

Birthday & Abortion

Assalamualaikum...

Hari ni genap usiaku 29 tahun. Dan tahun ini merupakan tahun terakhir aku berstatus 20-an. Tahun depan dh jd 30-an. Emm dah tua nampaknya. Tp masih berasa muda. heheh! Terima kasih kepada semua yang dah wish aku dari semalam. Anak2 murid, teman2 dan juga suami tersayang. Yang sedihnya Balqis je yang x wish umi. Uwaa sedihnya. Bila Balqis nak pandai cakap ni?

Kelmarin pula lain ceritanya. Aku keguguran! Sebelum ke sekolah aku dapati ada darah yang keluar tapi aku x merasa sakit. So pergi sekolah cam biasa. Masa Balqis dulu pernak jugak jadi camni, ingat xde pape la. Tengahari makin banyak plak yang keluar. Atas nasihat kawan2 aku ke klinik lepas balik sekolah.Ditemani suami, kami ke klinik ummi. Macam biasa la klinik panel x rasmi. Selepas di scan, dah xde apa2 dalam rahimku. Complete abortion. X payah cuci, x perlu berpantang.

Nampaknya belum rezki Balqis nak jadi kak long. Xpela dik, status anak tunggal umi dan abi masih kekal lagi buat masa ni. Kata tok, tunggu Balqis boleh berlari dulu, baru dapat adik. So kalau adik nak jadi kakak, kena la berlari cepat ye.

Wednesday 20 January 2010

Air Mata Cikgu

Assalamualaikum

Pernahkah anda melihat cikgu anda menangis? Agaknya kenapa cikgu boleh menangis di depan pelajar ye? Masa sekolah dulu ada cikgu yang menangis dalam kelas. Sebab dia sedih nak berpisah dengan anak2 murid dia yang baik macam aku ni. Tambah plak aku dan kwn2 siap nasyid lagu "Salam Perpisahan" kumpulan Brother. Waaa merah mata cikgu nangis.

Itu cerita cikgu aku. Ni plak cerita cikgu Jue. Hari Selasa lepas, aku tetiba menangis di dalam kelas depan budak2. Satu perkara yang xde dalam Lesson Plan aku. Entah macamana tiba2 aku rasa sebak bila melihat perangai dan tingkahlaku budak2 ni yang langsung xde rasa nak belajar. Sehari sebelum tu, aku dah denda budak2 yang x bawak buku. Suruh berdiri sampai habis masa, ada yang kena cubit. Esoknya aku masuk ke kelas dengan harapan ada perubahan. Rupanya aku silap. Bila aku suruh mereka keluarkan buku kerja ini jawapnnya...

"Beg saya carik cikgu"

"Lupa cikgu. ala xpe hari khamis ni ada kelas lagi"

"tertinggal kt umah cikgu"

"salah tengok jadual cikgu"

Mendengar jawapan2 itu, hatiku rasa sedih dan sebak tiba2. Lagi la sedih bila ada yang buat2 x bawak buku sebab xnak belajar. Padahal ada je buku dia dalam beg. Aku x boleh menahan airmataku dari jatuh. Apa yang aku rancangkan untuk hari itu x dapat dibuat. Mereka terdiam seketika melihat cikgu menangis. Lepas tu bising balik. Macam xde apa2 yang berlaku.

Sekali pikir malu plak rasanya. Nak buat cmne, perkara tidak disengajakan. Jadi sensitif plak semenjak 2 menjak ni. Mungkin bawaan budak dalam perut ni kot. Masa di Sarawak dulu pun aku pernah menangis dalam kelas sebab sedih tengok budak2 kena rotan ngn cikgu disiplin depan mata aku. Time tu tengah mengandungkan Balqis. Emm itu maksudnya aku ni cikgu yang punya perasaan la kan. heheh!

Mungfkin silap aku jugak terlalu menaruh harapan yang tinggi supaya diorang berubah sekelip mata. Cerita aku menangis dalam kelas mula diketahui beberapa orang guru yang lain. Alamak malu betul aku. Sampai cikgu disiplin pun tau dan siap pesan kepada seorg cikgu tu suruh aku buat laporan. Aku buat tak tau jela.

Apapun aku sentiasa memaafkan kesilapan pelajar2 ku. Aku doakan mereka semua akan menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat. Dan semoga aku diberi kekuatan oleh ALLAH untuk terus mendidik mereka semua ke jalan yang diredhaiNYA...

Saturday 9 January 2010

Tahun Baru, Azam Baru & Sekolah Baru

Assalamualaikum w.b.t



Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1431 Hijrah dan 2010. Semoga kedatangan tahun baru ini memberi 1001 kebaikan untuk kita semua dalam menempuh hari2 yang semakin mencabar.

15 Januari ni genap la 3 tahun aku bergelar guru. Dan tahun ini juga aku bertukar sekolah lagi. Sekolah ke-3 bagiku. SMK Seri Budiman letaknya tidaklah jauh dari sekolah lamaku. Nak bertukar angin la konon. Mohon untuk mengajar di sesi petang supaya senang aku menguruskan Balqis ke sekolah 2 kali seminggu. Rupa2nya sekolah itu pun dah kena jadi satu sesi. Dalam mesyuarat pertama, pihak pengurusan memaklumkan bahawa sekolah 1 sesi akan dimulakan selepas cuti bulan 3.

Hari pertama persekolahan, Pengarah Pelajaran Trg dah datang sekolah mengarahkan supaya persekolahan 1 sesi dimulakan serta merta. Beliau memberikan masa selama 1 minggu saja untuk berpindah ke 2 blok baru yang telah siap. 1 bangunan dijadikan blok pentadbiran dan 1 lagi untuk pelajar tingkatan 1. Maka bermula lah kerja berpindah randah. Mujurlah aku ni orang baru, so barang pun x banyak la. Tapi penat jugak sebab bilik guru di tingkat 3. Lepas tu kelas yang aku pegang pulak di bangunan lain di tingkat 4. Macam nak tercabut skru2 aku ni turun naik tangga. Sabo jela.

Nak cite sikit pasal bangunan baru ni. X tau la sape punya kontraktor. Buat keje macam melepaskan batuk di tangga. Anak tangga yang x sama saiz dan tinggi. xde pulak bridge yang menghubungkan 2 blok. Memang memenatkan. xtau la dah ada CF ke belum. Risau gak sebab Terengganu memang terkenal dengan bangunan runtuh. Kami cikgu2 yang duk situ memang ada rasa takut dan bimbang. Tapi apa nak buat, Kami yang menurut perintah. Air pun belum ada lagi, dah suruh kami duduk situ. Huhuh!

Budak2 pulak memang agak nakal kalu dibandingkan dengan sekolah sebelum ni. Yang xleh baca dan tulis pun ada. Tahun ni aku kena mengajar subjek Science form 1 dan form 2. xtau la camne. Tapi aku rasa, untuk permulaan aku kena buat budak2 tu suka cikgu dia dulu. Baru boleh buat diorang suka apa yang nak ajar. Seboleh mungkin aku xnak marah2 diorang tapi kalau degil2 sangat terpaksa tegur gak. Nanti naik lemak pulak. Ish susahnya nak jadi cikgu zaman sekarang. Zaman budak sekolah sekolah yang x tahu nak hormat cikgu. Apapun azam tahun baru ni aku akan cuba yang terbaik. Aku akan buktikan student aku semuanya bukan budak2 yang x berguna. Bukan pelajar yang dilabelkan xtau apa2. Datang sekolah buang duit mak ayah. InsyaALLAH doakan aku mampu buat yang terbaik.
 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: 2010 | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top