Tuesday 2 February 2010

8P Tip Kebahagian Rumahtangga

Tip 8P daripada Us CT Nur Bahiyah

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

sama2 kita amalkan

3 comments:

Puan Sue said...

Terima kasih..Info yg sgt baguuuuus..

kak sue nak tambah sikit ..

P..Pujuk. Suami harus pandai memujuk.Tiap kali isteri anda 'muncung' atau 'mendung', jgn tunggu tunggu lagi..pujuuuk.!

P..Pegang Tgn Isteri. Tiap kali keluar rumah ke, atau bila bila muncul di tempat awam, suami dan isteri jgn segan silu utk berpegang tgn..Luruh dosa dosa kecil ..

Boleh gitu ?? ..

ummubalqis said...

setuju sangat2 k.su. nanti saya royak ko ct nurbahiyah suruh tamboh lagi tip dia tu. heheh

amdang81 said...

Ustazah Norbahiyah pesan tu utk sama-sama amalkan P tu. Bukan suami sahaja. Jadi, kalu KAK SU nak tambah P tu kena fair la. bukan P tu maknanya pegang tangan isteri sahaja dan bukan suami sahaja yang harus pandai pujuk. :)

Kalu gitu, saya tambah P untuk Picit. Isteri kena la rajin2 picit suami. Hehehe.

Lagi satu P utk isteri adalah Panggang Ikan. Lepas tu makan nasi dengan budu + Ulam dengan suami. SUre suami makin sayang kat isteri.. Selamat beramal..

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: 8P Tip Kebahagian Rumahtangga | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top