Wednesday 20 January 2010

Air Mata Cikgu

Assalamualaikum

Pernahkah anda melihat cikgu anda menangis? Agaknya kenapa cikgu boleh menangis di depan pelajar ye? Masa sekolah dulu ada cikgu yang menangis dalam kelas. Sebab dia sedih nak berpisah dengan anak2 murid dia yang baik macam aku ni. Tambah plak aku dan kwn2 siap nasyid lagu "Salam Perpisahan" kumpulan Brother. Waaa merah mata cikgu nangis.

Itu cerita cikgu aku. Ni plak cerita cikgu Jue. Hari Selasa lepas, aku tetiba menangis di dalam kelas depan budak2. Satu perkara yang xde dalam Lesson Plan aku. Entah macamana tiba2 aku rasa sebak bila melihat perangai dan tingkahlaku budak2 ni yang langsung xde rasa nak belajar. Sehari sebelum tu, aku dah denda budak2 yang x bawak buku. Suruh berdiri sampai habis masa, ada yang kena cubit. Esoknya aku masuk ke kelas dengan harapan ada perubahan. Rupanya aku silap. Bila aku suruh mereka keluarkan buku kerja ini jawapnnya...

"Beg saya carik cikgu"

"Lupa cikgu. ala xpe hari khamis ni ada kelas lagi"

"tertinggal kt umah cikgu"

"salah tengok jadual cikgu"

Mendengar jawapan2 itu, hatiku rasa sedih dan sebak tiba2. Lagi la sedih bila ada yang buat2 x bawak buku sebab xnak belajar. Padahal ada je buku dia dalam beg. Aku x boleh menahan airmataku dari jatuh. Apa yang aku rancangkan untuk hari itu x dapat dibuat. Mereka terdiam seketika melihat cikgu menangis. Lepas tu bising balik. Macam xde apa2 yang berlaku.

Sekali pikir malu plak rasanya. Nak buat cmne, perkara tidak disengajakan. Jadi sensitif plak semenjak 2 menjak ni. Mungkin bawaan budak dalam perut ni kot. Masa di Sarawak dulu pun aku pernah menangis dalam kelas sebab sedih tengok budak2 kena rotan ngn cikgu disiplin depan mata aku. Time tu tengah mengandungkan Balqis. Emm itu maksudnya aku ni cikgu yang punya perasaan la kan. heheh!

Mungfkin silap aku jugak terlalu menaruh harapan yang tinggi supaya diorang berubah sekelip mata. Cerita aku menangis dalam kelas mula diketahui beberapa orang guru yang lain. Alamak malu betul aku. Sampai cikgu disiplin pun tau dan siap pesan kepada seorg cikgu tu suruh aku buat laporan. Aku buat tak tau jela.

Apapun aku sentiasa memaafkan kesilapan pelajar2 ku. Aku doakan mereka semua akan menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat. Dan semoga aku diberi kekuatan oleh ALLAH untuk terus mendidik mereka semua ke jalan yang diredhaiNYA...

6 comments:

amdang81 said...

Bila plak nak citer pasal air mata seorang isteri? ;)

ummubalqis said...

tungguuuu....

NuE said...

Sabar la Jue..lagi pon budak2 sekolah tu agaknya dah mmng trait n pattern diorng mcm tu..so kita xleh expect tinggi dr diorg..cukup kalo diorng respect kita as cgu diorng..hurm aku lagi truk..kena..kena maki dgn student..siap 'babi..baruk...bodoh"..lagi...huhuhu rasa mcm tersentap segala saraf2 dalam tubuh masa tu..kaku...n xtau nk wat apa..tp aku ttp doakan budak tu agar jd manusia yg lebih baik..aku tkut nk doakan yg burk2...nnt kalo dia jd lebih truk..seluruh masyarakat trima effect...so SABAR...byk2...ye.

nasikerabupetro said...

Hayooo...
Tak tau pon Balqis nak dapat adik?
Congrat!
By the way Jue...
Tangisan Jue tu menandakan Jue memang sangat cakna dengan anak bangsa... huhu...

* ainul AB * said...

Salam June, happy birthday on 25/01/2010. Semoga murah rezeki June. Dan tahniah tak lama lagi nak dapat lagi sorang anugerah...

ummubalqis said...

makasih zah. Aku sabo lagi. x sengaja je tu. DUgaan cikgu2 hari memang mencabar kan.

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: Air Mata Cikgu | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top