Monday 6 April 2009

Pakaian Punca Dirogol

Assalamualaikum w.b.t

Satu artikel yang menarik untuk perhatian umum. Teruskan membaca...

Peningkatan kes keganasan terhadap wanita perlu dibendung pada peringkat sekolahKEGANASAN terhadap wanita tidak akan berhenti selagi tiada kesedaran sivik dan simpati dalam diri setiap individu. Baik lelaki mahupun wanita seharusnya memainkan peranan menangani masalah berkenaan tanpa menuding jari antara satu sama lain.

Statistik yang dilaporkan oleh pertubuhan Keganasan ke atas Wanita (VAW) menunjukkan kes itu semakin meningkat dengan 3,756 kes keganasan wanita dilaporkan berlaku pada 2007 berbanding 3,264 kes pada 2006.

Antara bentuk keganasan terhadap wanita yang utama ialah kes rogol yang bukan lagi asing di kalangan masyarakat. Menerusi statistik yang dikeluarkan di VAW, sebanyak 2,431 kes dilaporkan berlaku pada 2006, tetapi meningkat kepada 3,098 kes pada 2007.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah, berkata bukan saja wanita, remaja perempuan dan pelajar menjadi mangsa, tetapi bayi di bawah usia setahun juga pernah dilaporkan dirogol oleh bapa, abang, datuk, teman lelaki ibu dan sebagainya.

“Bagi mengelak kejadian yang boleh mencalar maruah wanita itu, kesedaran perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi kerana pendedahan mengenai isu seksual menerusi pendidikan moral sekali gus membantu pelajar menangani cara berkesan mengelak daripada menjadi mangsa rogol,” katanya pada majlis pelancaran kempen pendidikan awam, ‘Kembali ke Sekolah’ di Petaling Jaya, baru-baru ini..

Beliau berkata, walaupun ramai wanita yang enggan menerima hakikat cara berpakaian antara punca utama yang membawa kepada jenayah rogol, kajian dijalankan mendapati sebaliknya.

“Antara perkara yang mendorong kepada kejadian ini ialah pakaian seragam sekolah yang ada kalanya terlalu jarang. Pakaian sekolah yang nipis sehingga boleh menampakkan bahagian dalam wanita dikategori sebagai seksi yang secara tidak langsung ia nampak berahi dan menggalakkan kepada kes rogol terhadap pelajar.

“Selain itu, faktor pemakaian wanita dewasa juga seharusnya diambil kira. Mengenakan pakaian jarang, ketat atau pendek sehingga mendedahkan bahagian dada, kaki dan perut juga boleh mendorong kejadian rogol,” katanya.

Ivy berkata, bagi permulaan tahun baru dan bermulanya musim sekolah ini, VAW memperkenalkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’. Menerusi kempen itu, WAO mengeluarkan lebih 1,000 poskad yang memaparkan gambar pelajar sekolah menengah yang dikaburkan pada bahagian dada untuk diedarkan di kedai buku MPH seluruh negara. Selain itu, WAO turut mengeluarkan poster daripada gambar sama dan digantung di kedai buku berkenaan.

“Pada 2009, kita mahu isu keganasan terhadap wanita terutama kes rogol ditangani segera. Dengan sekolah kini dibuka, kami berharap pengedaran poskad berkenaan secara tidak langsung memberi gambaran sebenar kenapa kejadian rogol berlaku.

“Bagaimanapun, ia turut meningkatkan kesedaran bahawa corak pemakaian memainkan peranan. Mengenakan pakaian nipis ke sekolah sangat tidak bersesuaian dan ia agak tidak bermoral di kalangan pelajar yang seharusnya menimba ilmu bukannya mendorong kepada kejadian yang mereka sendiri tidak mahu terjadi ke atas diri mereka,” katanya.

Ivy berkata, memperkenalkan kempen ‘Kembali ke ‘Sekolah’ itu, WAO turut menyebarkan maklumat dan panduan mengenai keganasan wanita menerusi laman web baru iaitu www.wao.org.my/censored yang di taja oleh Arc Worldwide Malaysia.

“Masyarakat boleh membuat rujukan dan menambah pengetahuan mengenai kejadian kes keganasan wanita secara keseluruhan,” katanya.

Laman web berkenaan juga menyediakan borang muat turun terhadap isu itu serta panduan kepada mangsa kes gangguan seksual, penderaan, penyalahgunaan kewangan, gangguan psikologikal dan emosional, penyalahgunaan sosial serta penyalahgunaan fizika

...........................................................................................................................................................................

p/s: Jangan la duk seronok sangat nak tunjuk kat orang apa yang kita ada tu. Kalau nasi dah jadi bubur, xde gunanya lagi menyesal. Aku paling menyampah kalu baca berita pompuan kena rogol ngn boyfren. Sape suruh cari penyakit duk ikut jantan.

No comments:

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: Pakaian Punca Dirogol | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top