Sunday 5 April 2009

Bila Result Merosot, Siapa Yang Bersalah???


Assalamualaikum...

Keputusan peperiksaan SPM 2008 baru2 ini telah mencipta rekod baru apabila seorang pelajar dari Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal mendapat 20A (19A1, 1A2) dan merupakan pelajar terbaik negara.


Di sebalik keriuhan orang memperkatakan tentang kejayaan Nik Nor Madihah, masih terdapat banyak sekolah yang mengalalami kemerosotan dalam keputusan SPM 2008. Persoalannya, kepada siapakah yang selayaknya diletakkan kesalahan dan kesilapan itu bilamana perkara ini terjadi? Pelajar? Guru? Ibubapa? Kementerian? atau Siapa?

Sekolah tempat aku mengajar pun mengalami musim kejatuhan baik dalam PMR mahupun SPM. Mungkin terpengaruh dengan kemelesetan ekonomi dunia agaknya. heheh! Pada pandangan aku secara peribadi, semua pihak bertanggungjawab dalam hal ini. Baik ibubapa, guru, pihak sekolah dan pelajar itu sendiri.

Meletakkan kesalahan 100% pada guru adalah suatu perkara yang tidak bijak pada aku. Sebagai guru (walaupun aku tidak mengajar kelas exam), guru sudah mencuba yang terbaik. Dan tidak ada guru yang mahu melihat anak muridnya gagal. Aku selalu berpesan pada diri sendiri "walau macamana marahnya aku pada seseorg pelajar itu, jgn sesekali mendoakan yang tidak elok untuk mereka kerana doa guru itu makbul".

Aku tidak boleh menerima kenyataan yang mengatakan,

"Kita tidak boleh menyalahkan pelajar. Ini tanggungjawb kita sebagai guru untuk memastikan pelajar2 kita mendapat keputusan yang cemerlang. Cikgu mesti muhasabah balik apa yang telah cikgu buat"

Jauh di sudut hati, aku agak terkilan bila ada pihak yang meletakkan kesalahan itu hanya pada guru. Bukan kerana aku seorang guru, tapi kerana aku melihat perkara ini secara menyeluruh. Aku mula membuat perbandingan, Zaman aku di alam persekolahan dan zaman sekarang. Budak dahulu dan budak sekarang. Sangat jauh bezanya. Bagi aku, dalam bab menuntut ilmu ini, soal keberkatan sangatlah penting. Sejauh mana kita menjaga hubungan dengan Allah dan juga hubungan dengan manusia. Aku percaya adik Nik Nor Madihah seorang yang menjaga kedua2 hubungan ini dan hasilnya dia dikurniakan kejayaan itu.

Ibu bapa juga ada saham mereka dalam kejayaan atau kegagalan anak2. Janganlah dituding jari pada pihak sekolah semata. Ingatlah, satu jari ditunjukkan kepada orang lain, empat jari lagi menunjuk kepada kita. Kalau anak dimarah atau didenda guru, mak bapak juga yang datang backup si anak. Silap haribulan guru yang kena naik turun court.

Kesimpulannya marilah kita sama2 berusaha sedaya upaya kita untuk meningkatkan potensi diri anak2 mengikut acuan Islam. Sesungguhnya kejayaan yang sebenar itu bukanlah terletak pada pencapaian akademik semata tapi lihatlah kejayaan itu dari kacamata Islam yang sebenarnya.

"Sesungguhnya berjayalah orang2 yang beriman. Iaitu orang yang Khusyuk dalam solatnya." (Al-mukminun:1-2)

Marilah sama2 kita menyelamatkan diri dan keluarga kita dari bakaran api neraka....

2 comments:

sya said...

betul tu june,
sekolah aku pun tahun ni, tahun kejatuhan.. mula lah macam2 guru kena buat tahun ni supaya tahun depan result ok... tapi, kalau pelajar tu sendiri yang tak ok, macam mana? lebih2 lagi ramai pelajar yang tak belajar semasa form 4 (kena buang) masuk balik masa form 5. dah tentu dia akan menambah peratusan gagal... huhuhu

ummubalqis said...

nak wat camne, nasib kita sama la sya

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: Bila Result Merosot, Siapa Yang Bersalah??? | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top