Thursday 9 April 2009

Klinik Desa

Assalamualaikum w.b.t

Isnin lepas aku ada bawak Balqis ke klinik desa berhampiran untuk monthly checkup dia. Pagi aku ke sekolah dulu sebab ada kelas masa pertama. Lepas kelas terus bergegas pulang amik Balqis di umah pengasuhnya untuk dibawa ke klinik. Nasib baik hari tu banyak masa free.


Ramainya kawan2 kat sini


Kebetulan pulak hari tu ramai orang. Lama jugak kami terpaksa menunggu giliran. Ada satu perkara yang menarik perhatianku hari tu. dalam ramai2 kaum ibu dan baby masing2 kat situ, tiba2 masuk seorang bapa mendukung bayinya dengan sebelah tangan je. Ku cuba intai kot isteri dia ada datang, tapi tidak kelihatan kelibat orang perempuan bersamanya.

Agaknya isteri dia x boleh tinggalkan kerja dia. So terpaksalah bapaknya yang bawak anak ke klinik. Aku memerhatikan gelagat si bapa ni. Baby yang comel itu dipakaikan tudung berwarna biru. Sungguh comel budak tu. Aku agak umurnya lebih kurang Balqis gak. Ready dengan botol susu, dimasukkan ke dalam mulut si anak. Padahal aku tengok anaknya x hisap pun. Dipandangnya muka ayah dia. Agaknya dalam hati, baby tu cakap...

"Papa ni x reti2 ke aku xnak susu. Pesal la disumbat jugak botol ni dalam mulut aku"

Bila nama anaknya dipanggil, dia pun datang. Misi mintak buka baju untuk ditimbang. Dalam hati aku berkata, "kasarnya orang ni pegang anak dia"...Biasa la lelaki. Walaupun dia datang lewat tapi misi bagi keutamaan pada dia. mungkin sebab dia sorang je lelaki


bila la misi nak panggil nama saya ni...


Sebenarnya x salah pun kalau kaum ayah pulak yang amik tanggungjawab bawa anak ke klinik. Cuma sudah menjadi adat kaum ibu yang selalu buat keje ni. Emm lepas ni umi x payah la susah2 nak bawak Balqis ke klinik lagi. Abi kan ada...

..........................................................................................................................................................................

Catatan: Balqis sekarang dah 7 bulan dengan berat badan 5.3kg

4 comments:

amdang81 said...

Abi bangkang!!

Bukan la abi tak setuju bawa Balqis ke klinik, tapi nanti tak selesa plak ibu-ibu yang menyusu badan pada anak masing-masing.

Sudah tentu diorang segan nak menyusu jika ada orang lelaki. Paling tidak, diorang nak berlunjur ke, nak duduk gaya bebas pun sedap la skit.

Abi bukan apa, cuma tak nak ganggu privasi kaum ibu tu. Pada abi, ibu-ibu tu semua perlukan keselesaan.

Apapun, abi tetap akan hantar umi dan adik ke klinik sekiranya abi tak sibuk.

p/s: comel la gambar anak awak! saya nak ambik masuk blog saya laa..

ummubalqis said...

heheh! dah agak dh jawapan abi. apa pun abi betul. umi sokong...

Unknown said...

jue, hanya ayah yang luar biasa shj sanggup bw anak gi klinik tnpa ditemani ibu..hehehe..

ummubalqis said...

emm kalau gitu abi balqis ni org biasa2 jela. heheh

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: Klinik Desa | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top