Monday 29 October 2007

Undangan Majlis Kesyukuran Perkahwinan

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,
kami mempersembahkan kad
Undangan Majlis Kesyukuran Perkahwinan ini
bagi semua saudara-mara, sahabat-handai,
kenalan dekat mahupun jauh
samada pernah bersua muka mahupun tidak..

Tengok tarikh tu betul-betul.
Cepat-cepat ambik cuti dan book tiket.
Tak nampak? Klik untuk lebih jelas.


Klik gambar untuk lebih jelas.
Ini undangan dari mak ayah kami. Sebab kami anak-anak.
Jadi kena dengar apa kata mak ayah.


Ini Pelan ke rumah Pengantin Perempuan (Jue).
Tengok la betul-betul pelan tu. Kan kalu sesat,
salah masuk kenduri orang lain plak.


pelan ke rumah pengantin lelaki (zaidan).
Jemputlah mari deh. Kenduri ni kecil-kecilan jer.
Tetapi dengan kehadiran kalian insyaAllah lebih bermakna.

Nota:
Sebagai orang muda yang baru selangkah mahu melangkah ke alam yang serba baru dan mencabar ini, maka sukalah kiranya sahabat-sahabat sekalian mencoret sepatah dua kata-kata nasihat dan peringatan buat kami ini.

Mungkin pada kalian remeh, tetapi mungkin pada kami nasihat itu sangat berguna. Pengalaman, pengetahuan dan apa jua yang sudi dikongsi kami amat menghargainya. Mungkin tidak digunakan dalam masa terdekat, tetapi mungkin berguna pada suatu hari nanti.

Akhirnya, pohon jua dari kalian untuk mendoakan persiapan yang kami rancang ini berjalan baik dan berjaya disatukan, seterusnya kekal dalam membina rumahtangga muslim ini.

renungan untuk diriku;

"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." Al-Anfal: 27 & 28

30 comments:

Eriyza said...

Doa dan harapan semoga pernikahan kalian diberkati Allah. Semoga bahagia hingga hujung nyawa. :)

Unknown said...

Selamat pengantin baru, boss!

Semoga kekal dengan sa'adatu was sakinah sehingga ke akhir hayat!

Anonymous said...

Selamat melangkah ke alam baru.Untuk mendapat seorang isteri,seorang lelaki terpaksa kahwin Tiga! ; three - barulah dikatakan mendapat IsThree !
Terima kasih atas jemputan tersebut!

Anonymous said...

Mabruk sheh, selamat mengecapi suka duka rumahtangga!

Moga sentiasa dalam redha Allah.
Wassalam.

Anonymous said...

Selamat Pengantin Baru Zedang...mu kene banyok bersabor dan banyok bertolok ansur...jgn ikut perasaan mung je...kita lelaki kena pandai jadi akauntan..pitis kene pandai bajet..jgn ikut suka ati nok pakai..bukan macam bujang dulu... Semoga kekal sampai akhir hayat dan akhirat...aminnnn

Unknown said...

Terima kasih di atas jemputan. Selamat Pengantin Baru dan moga mendapat segala keberkatan dari Nya.

Anonymous said...

TAHNIAH N SORRY sbb rasonyo nggak boleh hadir....Moga dipanjangkan jodoh & dimurahkan rezki....Ingat slpas sah ijabkabul perkataan cawangan atau branch atau spare adalah sensitif buat kaum wanita...khehehehehe...boleh disebut bila betul2 confident....selamat berbahgia....aminn

Anonymous said...

TAHNIAH N SORRY sbb rasonyo nggak boleh hadir....Moga dipanjangkan jodoh & dimurahkan rezki....Ingat slpas sah ijabkabul perkataan cawangan atau branch atau spare adalah sensitif buat kaum wanita...khehehehehe...boleh disebut bila betul2 confident....selamat berbahgia....aminn (wea besut)

Anonymous said...

Terima kasih semua atas pandangan dan peringatan..

belum apa-apa dah terasa betapa berat beban dan tanggungjawab yang bakal dipikul nanti.. huhuhuh

serikandi said...

Assalamu'alaikum,

Akak ucapkan agar both zaidan (zinadine zidane ;P) dan isteri sentiasa dilimpahi barakah drp Allah swt, dan semoga perkahwinan mendapat mawaddah warahmah sentiasa sehingga membawa ke syurga Insya-Allah. Pesan akak satu je (malu nak pesan2 nih, tapi sebab awak dah mintak)..

Sentiasalah bersabar... sabar dalam menunggu perubahan, bersabar dgn karenah, bersabar dgn kesenangan, bersabar dgn kesusahan, bersabar dan istiqamah dlm mendidik diri sendiri, isteri dan anak2... Sabar dalam semua perkara. Ingat tuh, bila di bisik syaitan :)

Maaf tak dapat hadir, jarak memisahkan kita, tetapi doa sentiasa mengiringi.

Unknown said...

Salamat pengantin baru beb
semoga berkekalan sampai mati...
maaf lah kot..ikhlas cakap aku memang tak dapat pergi....jauhhh nieee...
hanya doa aja aku sampaikan....

Anonymous said...

assalamualaikuk (",)
wat bro n bakal isteri...
selamat pengantin baru n semoga sentiasa dlm rahmat ALLAH..hehe..nak kasi nasihat lebih2 pn psl x kawen lg..kang di kata over plak =P..

apa pun..nadia doakn agar semua dimudahkn n moga bakal membentuk sebuah keluarga yg sentiasa dlm redha ALLAH..

maaf x dpt hadir..huhu..kawen awal sgt..org x balik lg masa tu T_T..

hurmm..ape lg ye..hehe..cm panjg la plak..slmt berbahagia n senyum selalu..

ikhlas,
nadia '07

Anonymous said...

Salam Zaidan & Jue....

Arigato atas jemputan...
Doa akak moga pertalian kalian diberkati Allah... Moga kekal bahgia hingga ke akhir hayat.. Moga dpt menempuhi segala ranjau-duri dialam r/tangga... Give & take.. Masing2 mainkan peranan masing2.. Insya-allah perjalanan hidupmu akan seiring...

Oshiawase ni!
Go kekkon omdetou!

***Mai_Izz sekeluarga***

p/s: Jgn lupa top-up pic wedding ye hehehe...

jannatuladnin said...

salam tahniah utk kedua2 bakal pengantin.terima kasih utk jemputan.maaf xdpt hadir.moga kekal bahagia ke akhir hayat.

ummubalqis said...

thanks kak kandi... nasihat yg cukup bermakna buat diri ini yg nakal dan selalu lupa...

Nadia, sis mesti hantar hadiah tau! Nanti sis kawin dengan aduka, sy balas la hadiah tuu... (harap bb x baca komen ni) --thanks gak nasihat

Kak mai_izz, datang ek! Ni 1st time kawin nih. Kalu x datang yang ni, kena tunggu 2nd time laa.. ;)

Ramzalina, doakan kami ek!! Semoga nti pun success sokmo dalam apa jua yg dilakukan...

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Perkahwinan menyebabkan syaitan berduka. Menyempurnakan sebahagian dari iman, yg sebahagian lagi..usahakan untuk sempurnakannya dengan menjadi hambaNya yg taat.

Perkahwinan bererti menanggung kesusahan bersama. Perit, jerih, lelah, kesempitan dan ujian di pikul bersama.

Perkahwinan bererti bahagia, ceria, senang ,nikmat , happy di kecap bersama.

Perkahwinan bererti kematangan seseorang dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Perkahwinan bererti memberikan saham untuk kemenangan Islam , melahirkan zuriat yang soleh, keluarga yang soleh, masyarakat yang sihat seterusnya daulah yang sejahtera dan berakhlak.

Perkahwinan bererti mendidik diri, isteri, suami dan anak-anak menjadi hamba yang TAAT kepada ALLAH.

Perkahwinan bererti mempertahankan maruah diri, keluarga dan masyarakat dari noda maksiat yang bertambah-tambah.

Perkahwinan bererti meninggikan SUNNAH Rasullullah .

Perkahwinan bererti mendekatkan diri kepada ILAHI dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

Akhirnya, perkahwinan bererti MEMBERIKAN SERIBU ERTI kepada kita..

jadikanlah diri sebagai contoh taulladan yang baik untuk isteri, anak-anak , keluarga, saudara mara dan masyarakat sekeliling..

"BARAKALLAHU LAKUMA, WABARAK ALAIKUMA, WAJAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR"

salam bahagia untuk zaidan dan isteri (bakal) dari

abu handzolah dan family

Anonymous said...

Zedan & Jue..
Semoga selamat segalanya..berkekalan hingga akhir hayat..dan sabar dlm segala hal..
zedan mung jaga molek sket jue k..heheh

Tahniah skali lagi...

* ainul AB * said...

Assalamualaikum June & Zaidan,
Selamat Pengantin Baru. Moga berkekalan dunia akhirat, bahagia & dianugerahkan anak2 yg soleh & solehah. Hargailah pasangan anda, tunjukkanlah rasa kasih sayang & luahkan. Kalo dipendam, pasangan x tau atau mungkin x faham2...hehe...

Sorry I can't attend to ur wedding... Jarak mbataskan. Kalo cik June & cik Zaidan turun ke Subang, jemputlah ke rumah ok...

From: Ainul, Shaizwan & Adrianna

Anonymous said...

assalamualaikum kpd zedan & jue.

selamat 'settle down'. selamat pengantin baru. selamat menempuh alam baru. ceria2 selalu. semoga semuanya dirahmati Allah. Aminn..

Anonymous said...

Selamat Pengantin Baru. Perkahwinan menyempurnakan kehidupan. Semoga akan menyempurnakan Perjuangan.... bukan menghentikan sumbangan. Entah hapa-apalah yang aku tulis ni.... mabruuk alaikuma.
(TKDPPKS)

AbiSakinah SRIKGombak said...

Salam. Buat sahabatku yg dikasihi Zaidan : Jika ada syurga di dunia, maka itu adalah pernikahan yg bahagia, sebaliknya jika ada neraka di dunia, maka itu adalah rumahtangga yg penuh dgn pertengkaran, saling curiga, tidak sabar dan tidak bertolak ansur.
Buat Jue, jadilah isteri yg solehah, layari bahtera rumahtangga dgn kesabaran dan ketaatan dan yakinlah bahawa tidak ada balasan yg paling layak utk anda selain al-JANNAH.
Buat Zaidan&Jue, semoga pernikahan ini melayakkan anda berdua memperolehi anugerah barakah dari Allah. Barakallahu lakuma, wa barakallahu alaikuma, wajama'a bainakuma fi khair. Sakinah, mawaddah wa rahmah.
"Maaf X dpt hadir, namun doa kami bersama antum berdua"
Form Gee,Ayu,Sakinah,Salsabila& Luqman al Hakeem serta seluruh LP&Staff SRIKGombak

Anonymous said...

Assalamualaikum..
setinggi2 tahnian dan ribuan terima kasih atas jemputan..
maaf x dapat menghadiri,doa dr jauh dikirimkan..
semoga perkahwinan diberkati dan dirahmati Allah sentiasa..ameen..

Salam dr bumi edinburgh..

nurul izzah tawau said...

salam...
selamat menempuh alam perkahwinan.
sori tak dapat datang majlis.
selamat menjadi isteri dan suami mithali.

semoga bergembira di dunia, berbahagia di syurga...

salam dari Tawau.

Anonymous said...

salam...

Terima kasih atas doa dan nasihat yg diberikan. Tiada apa yg kami harapkan selain rumahtangga yg diredhai ALLAH

-cik jue-

Anonymous said...

waa akhi zaidan nak kawin? ini pasal ana blum pasti lagi boleh hadir atau tidak,maklumler ana di luar negara, tp dekat jer sbnrnya. thailand tu x jauh kan...
ape2pun syukran atas jemputan semoga cinta yg akan diukir menjadi satu harapan dan lakaran dlm meniti hari2 bersama. semoga perjuangan bertambah mantap dgn hadirnya sayap kiri. slm ukhuwah. biar jauh beribu batu (batu atas jalan), ana pasti akan sampai jua ke rumah mu...abang mat

al_asyiq said...

BARAKALLAHULAKUMA WA BARAKA A'LAIKUMA WA JAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR..AMIN..SELAMAT PENGANTIN BARU

MusafirKerdiL said...

salam bro..

selamat meninggalkan zaman bujang..
dan selamat menempuh alam perkahwinan..

semoga berbahagia sokmo..

SELAMAT PENGANTIN BARU..

^_^

-mK-

Anonymous said...

byk bersabar & bersyukur dengan ketentuan ..

"tidak aku timpa kesusahan kpd seseorg itu melainkan kerana dosa yg telah dilakukan"

Anonymous said...

tahniah.. semoga dirahmati Allah dan dikurniakan keturunan pejuang2 Islam..

Anonymous said...

Adik doakan moga abe & kak jue mendpt mawaddah & rahmat... Moga berbahagia di dunia & di akhirat.

Maaf tak dtg kenduri hari tu. Abe tak bg kad jemputan, adik tak dpt le nak dtg.. :(

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: Undangan Majlis Kesyukuran Perkahwinan | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top