Thursday, 18 December 2008

Masa Depan Sains & Matematik

Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI. Pilihan itu ialah:

1. Meneruskan PPSMI seperti sedia ada.

2. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi
meneruskan PPSMI di sekolah menengah.

3. Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah.

4. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan
sepenuhnya di sekolah menengah.

5. Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.

6. Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa
pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah
menengah.

7. Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains
dalam mata pelajaran lain.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang turut menyertai persidangan itu berkata,

"perkara penting yang diambil kira dalam merumuskan pelaksanaan PPSMI adalah untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menguasai dengan mudah kedua-dua mata pelajaran terbabit.Ini penting supaya pelajar dapat memahami sepenuhnya konsep pembelajaran Sains dan Matematik, sekali gus meningkatkan kebolehan mereka berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif.Penggunaan bahasa Melayu sudah terbukti mampu melahirkan ramai golongan profesional dan saintis sebelum diperkenalkan PPSMI. Di negara maju, contohnya Jepun, Perancis dan Korea, mereka tetap boleh membangun walaupun menggunakan bahasa ibunda masing-masing,"

Beliau berkata, pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris pula boleh terus dipertingkatkan menerusi pendekatan lain, seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selain memantapkan penguasaan bahasa itu oleh tenaga pengajar.


p/s: Makin ramai bersidang makin pening pulak keputusannya. Makin rumit dibuatnya. Aku setuju ngan Dato Mohd Ali Hassan. Tukar balik ke Bahasa Melayu


No comments:

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: Masa Depan Sains & Matematik | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top