Saturday 29 November 2008

Kisah Balqis - Part 1

Kisah ini memang ada kena mengena dengan yang hidup. Sebab ini kisah tentang aku. Ini kisah tentang suamiku. Ini kisah tentang anakku. Ini kisah kami. Ini kisah umi, abi dan Balqis.

Sebuah Kelahiran...

Setelah sebulan mendirikan rumahtangga, aku terpaksa meninggalkan suamiku di semenanjung demi meneruskan tugas sebagai pendidik di sebuah pekan kecil nun jauh di Sarawak. Hanya airmata perpisahan yang menemaniku di pagi itu, saat suamiku menghantarku ke airport. Doaku semoga perpisahan ini adalah perpisahan yang sementara. Semoga suatu hari nanti kami diizinkan untuk hidup bersama.

Alhamdulillah syukur kupanjatkan padaMU ya ALLAH. Aku disahkan mengandung. Berita gembira itu kukhabarkan pada suamiku menerusi telefon. Waktu itu hanya telefon yang menjadi penghubung kami. Keluargaku juga gembira dengan berita itu. Sepanjang mengandungkan anakku ini, aku tidak mengalami alahan yang teruk seperti sesetengah wanita yang lain. Walaupun tiada suami di sisi, masih ada teman serumah dan makcik2 jemaah surau yang sentiasa mengambil berat tentang diriku. Aku tidak merasa sendirian di tempat orang. Masih ramai insan yang menyayangiku di sini.

Masa berlalu dengan pantas. Permohonanku untuk bertukar ke semenanjung diluluskan. Alhamdulillah, akhirnya doaku diperkenankan. waktu itu, Balqis sudah 7 bulan dalam kandungan umi. Maka bermulalah kehidupan baru bagi kami seperti pasangan suami isteri yang lain. Hidupku bertambah ceria dengan kehadiran suami di sisi yang sentiasa setia menemaniku di kala suka dan duka. Yang begitu sabar dengan karenahku. Yang begitu mengambilberat sakit peningku. Aku bersyukur dikurniakan suami sepertinya.

Akhirnya tiba juga hari yang dinantikan. 25 Ogos 2008 sakitku semakin kerap. Namun belum ada tanda2 nak bersalin seperti yang dikhabarkan teman2 yang sudah ada experience. Aku masih boleh bertahan sampai malam. Lebih kurang jam 10 malam aku dimasukkan ke hospital kerana laluan sudah terbuka sebanyak 2cm. Malam itu sakit semakin kerap. Menjelang subuh aku sudah tidak boleh melelapkan mata. Tak tertahan rasanya menanggung kesakitan sehingga airmataku tumpah jua. Jam 9.00 pagi aku dimasukkan ke labour room kerana bukaan mencecah 5cm. Suamiku dipanggil masuk. Dialah yang menenangkanku sepanjang tempoh itu. Akhirnya tepat jam12.02 tengahri 26 Ogos 2008, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama BALQIS. Maka bermulalah kisah hidupku sebagai seorang UMI.


Balqis-Day 2

To be continued...

Happy Anniversary

Assalamualaikum.

Hari ni aku x keluar ke mana2. Hujan turun mencurah2 tanpa henti dari semalam lagi. Teratak buruk kami juga basah di sana sini kerana atapnya bocor. Apa pun kami panjatkan syukur pada Ilahi kerana kami masih punya tempat untuk berteduh dan berlindung dari hujan dan panas. Alhamdulillah...

Hari ni 29 Nov 2008, hari sabtu. Tarikh yang sama pada tahun lepas jatuh pada hari khamis. Masih segar dalam ingatanku dan masih terasa debarannya. Malam itu akan bermulalah episod baru dalam hidupku. Aku akan diijabkabulkan dengan seorang jejaka pilihan hatiku sendiri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Selepas solat isyak aku sah menjadi isteri orang. Buat pertama kalinya aku mengucup tangan suamiku selepas selesai mengerjakan solat sunat slps akad nikah.


Kenangan di majlis kesyukuran 30 Nov 2007

Setahun telah berlalu, aku bahagia bersama suami dan anak tercinta. Terima kasih sayang kerana menjadi seorang suami yang begitu memahami dan menyayangi aku sepenuh hati. Terima kasih juga kerana menjadi ayah yang baik dan bertanggungjawab. Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke syurga. Biarlah hanya kematian yang memisahkan kita di dunia ini..InsyaALLAH.



Keluarga Bahagia


 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: November 2008 | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top