Sunday 28 December 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tekadkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Itulah lagu yang mesti dinyanyikan dalam pertandingan nasyid masa sekolah rendah dulu. Teringat pulak zaman kanak2 yang sungguh menyeronokkan. Dengan bersemangat, aku selaku solo nasyid cuba menyampaikan yang terbaik walaupun x pernah dapat nombor 1 (bukan sebab suara aku yang x sedap, tapi team aku yang x bagus. heheh). Begitulah aku menyambut tahun baru dulu.

Tahun ini sedikit berbeza. Aku, Abi dan Balqis sama mengaminkan doa akhir dan awal tahun yang dibacakan imam di masjid belakang umah kami. Azam tahun baru xde yang spesifik. InsyaALLAH akan berusaha sedaya upaya agar hari ini lebih baik dari semalam.

Thursday 18 December 2008

Masa Depan Sains & Matematik

Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI. Pilihan itu ialah:

1. Meneruskan PPSMI seperti sedia ada.

2. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi
meneruskan PPSMI di sekolah menengah.

3. Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah.

4. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan
sepenuhnya di sekolah menengah.

5. Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.

6. Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa
pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah
menengah.

7. Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains
dalam mata pelajaran lain.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang turut menyertai persidangan itu berkata,

"perkara penting yang diambil kira dalam merumuskan pelaksanaan PPSMI adalah untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menguasai dengan mudah kedua-dua mata pelajaran terbabit.Ini penting supaya pelajar dapat memahami sepenuhnya konsep pembelajaran Sains dan Matematik, sekali gus meningkatkan kebolehan mereka berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif.Penggunaan bahasa Melayu sudah terbukti mampu melahirkan ramai golongan profesional dan saintis sebelum diperkenalkan PPSMI. Di negara maju, contohnya Jepun, Perancis dan Korea, mereka tetap boleh membangun walaupun menggunakan bahasa ibunda masing-masing,"

Beliau berkata, pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris pula boleh terus dipertingkatkan menerusi pendekatan lain, seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selain memantapkan penguasaan bahasa itu oleh tenaga pengajar.


p/s: Makin ramai bersidang makin pening pulak keputusannya. Makin rumit dibuatnya. Aku setuju ngan Dato Mohd Ali Hassan. Tukar balik ke Bahasa Melayu


Kisah Balqis-Part III

Antara Sabar dan Redha

Inilah sebahagian sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia ALLAH di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama

REDHA sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa

Kerna menerima anugerah Tuhannya


SABAR itu sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa

Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja

Di luar tidak nampak terang nyata


Lagu "Sifat Mahmudah" dendangan Hijaz itu membuatkan aku kembali menilai diri. Biasanya apabila teman melahirkan simpati mereka, aku akan mengatakan bahawa aku redha dengan kurniaan ALLAH ini. Ternyata aku silap. Aku cuma berada pada level SABAR dan bukannya REDHA...

Pada 24 Nov 2008, Balqis disahkan positif Sindrom Down melalui ujian "chromosome study" yang dibuat. Sebenarnya jauh di sudut hatiku masih tersimpan secebis harapan agar keputusannya negatif.

Bohongla kalau aku katakan aku tidak terasa apa2 bila melihat anak teman2 dan orang di sekelilingku yang normal. Setiap kali timbul rasa kekurangan pada diri, cepat2 kusejukkan hati ini bahawa aku insan terpilih kerana dikurniakan anak istimewa ini. Dianggarkan bahawa SD terjadi pada kadar 1 bagi setiap 650 kelahiran.

"Alhamdulillah 'ala kullihal. Syurga buat Balqis dan penjaganya"

Itulah sms ringkas yang kuterima dari mama saat kukhabarkan kepadanya tentang keadaan Balqis. Semoga Balqis akan membawa bersama umi dan abi untuk menghuni syurga ALLAH yang telah dijanjikan. InsyaALLAH

to be continued...

Wednesday 17 December 2008

Rahsia Wajah & Hati Yang Cantik

Assalamualaikum.

Semua orang terutamanya wanita nak wajah yang cantik. Tapi apalah gunanya wajah yang cantik kalau hati tidak secantik dan semanis wajah. Lelaki pun suka memandang wanita yang cantik. Kenapa ek? Emm jawapannya mudah saja...kerana hati orang yang memandang pun x berapa cantik. Kalau hatinya cantik tentu dia tidak meletakkan kecantikan wajah sebagai priority.

Perbualanku bersama suami ketika bersarapan tadi berkisar tentang topik ini. Cerita suamiku tentang kawannya yang agak memilih wanita cantik untuk dijadikan isteri. Bagi aku majoriti lelaki macam tu. Bohongla kalau mereka katakan

"saya x memandang rupa paras, yang penting dia boleh jadi isteri yang baik"

Emm betul ke? Tepuk dada tanya iman jangan tanya 'aiman'. Tapi aku x nafikan memang ada lelaki yang langsung tidak memandang kecantikan wanita yang hendak dijadikan isteri. Bagi mereka kecantikan hati yang paling utama. Tentulah mereka orang yang cantik dan bersih hatinya.

Apapun kecantikan wajah itu suatu yang bersifat subjektif. Pandangan setiap orang adalah berbeza. Bak kata ibuku "kalau pandangan sume orang tu sama takkan habis la kain kat kedai tu"


Untuk mendapatkan hati dan wajah yang cantik ini rahsianya...

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh.Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati.. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' "Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Selamat mencuba...


Tuesday 16 December 2008

Kisah Balqis-Part II


Anak Istimewa

Sewaktu nurse meletakkan Balqis di pangkuanku buat pertama kalinya, aku langsung tidak perasan apa2 perubahan atau kelainan pada wajahnya. Sehinggalah Dr Wan datang kepadaku.

"Kita nampak baby ni macam ada tanda2 Down Sindrome sikit. Tapi kena check dulu la dengan peadiatrik"

Aku hanya mengangguk lemah mendengar berita itu. Entah kekuatan dari mana yang datang. Aku langsung tidak menitiskan airmata. Mungkin kerana masih penat menggunakan sepenuh tenaga untuk melahirkan Balqis.

"Kita akan bagi tarikh untuk puan berjumpa dengan pakar kanak2" sambung Dr wan lagi. Aku diam tidak terkata.

Sewaktu aku ditolak ke wad, nurse memaklumkan berita itu kepada suamiku. Kulihat wajahnya sedikit terkejut tapi dia masih bersahaja. Mungkin hendak menjaga perasaanku. Berita itu dimaklumkan kepada keluarga terdekat. Mertuaku datang menziarahiku petang itu. Banyak sms yang kuterima mengucapkan tahniah atas kelahiran itu. Hari itu aku masih tenang dan langsung tidak menangis. Mungkin kepenatan yang kurasakan mengatasi perasaanku yang lain.

Keesokan harinya airmataku tumpah jua bila ibuku di kampung menelefonku dan memintaku bersabar di atas ujian ini. Seboleh mungkin aku tidak mahu menangis kerana itu bermakna aku tidak dapat menerima kenyataan ini.

Mujur ada suami dan keluarga yang begitu memahami dan sentiasa menyokong aku. Apa saja yang berlaku, Umi tetap sayang Balqis sepenuh hati. Umi berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Balqis...


to be continued...

Saturday 13 December 2008

Salam AidilAdha

Sembelihlah Cintamu...

Cinta pada jawatan, harta benda dan wang ringgit.
Itulah cinta pada bintang-bintang yg bergemerlapan.

Cinta pada anak pinak dan isteri serta keluarga
Itulah ibaratnya cinta pada sang rembulan yg mendamaikan

Kenapa cinta itu yang kita cari selama ini?
Tidakkah kita tahu, bintang-bintang pasti gugur kebumi!!!
Tidakkah kita tahu, rembulan terkadang dilindungi awan?

Disaat anak2 meninggalkan kita
Disaat anak2 tidak lagi mampu memberi kebahagiaan, apa yg kau rasa?
Jiwamu merana, merintih, sedih, kecewa.
Kau terus hilang arah.

Disaat isteri/suami/keluarga meninggalkan kita
Apa yang terjadi pada kita?
Merana bukan?
Hidup tak lagi bermakna, jiwamu kosong dan hampa.
Dunia yg indah kau rasa gelap dan membosankan.

Letaklah cinta2 dunia mu hanya ditangan BUKAN dihati....
Kerana apa?

Jika kau letak cinta duniamu hanya di tangan
Tatkala jawatan, pangkat, wang ringgit dan harta benda
dan lain2 cinta dunia itu terlepas dari genggamanmu,
Kau masih punya ALLAH dihati.

Tapi jika kau letak selain ALLAH dihati,
Pasti jiwamu kosong, tak bererti lagi.

Mulai hari ini,
Marilah kita letaklah ALLAH dalam hati kita
bukan anak,
bukan isteri,
bukan pangkat
bukan harta,
bukan wang ringgit
segalanya bukan
MELAINKAN ALLAH.
 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: December 2008 | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top