Thursday, 18 December 2008

Kisah Balqis-Part III

Antara Sabar dan Redha

Inilah sebahagian sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia ALLAH di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama

REDHA sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa

Kerna menerima anugerah Tuhannya


SABAR itu sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa

Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja

Di luar tidak nampak terang nyata


Lagu "Sifat Mahmudah" dendangan Hijaz itu membuatkan aku kembali menilai diri. Biasanya apabila teman melahirkan simpati mereka, aku akan mengatakan bahawa aku redha dengan kurniaan ALLAH ini. Ternyata aku silap. Aku cuma berada pada level SABAR dan bukannya REDHA...

Pada 24 Nov 2008, Balqis disahkan positif Sindrom Down melalui ujian "chromosome study" yang dibuat. Sebenarnya jauh di sudut hatiku masih tersimpan secebis harapan agar keputusannya negatif.

Bohongla kalau aku katakan aku tidak terasa apa2 bila melihat anak teman2 dan orang di sekelilingku yang normal. Setiap kali timbul rasa kekurangan pada diri, cepat2 kusejukkan hati ini bahawa aku insan terpilih kerana dikurniakan anak istimewa ini. Dianggarkan bahawa SD terjadi pada kadar 1 bagi setiap 650 kelahiran.

"Alhamdulillah 'ala kullihal. Syurga buat Balqis dan penjaganya"

Itulah sms ringkas yang kuterima dari mama saat kukhabarkan kepadanya tentang keadaan Balqis. Semoga Balqis akan membawa bersama umi dan abi untuk menghuni syurga ALLAH yang telah dijanjikan. InsyaALLAH

to be continued...

No comments:

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: Kisah Balqis-Part III | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top