Monday 29 October 2007

Undangan Majlis Kesyukuran Perkahwinan

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,
kami mempersembahkan kad
Undangan Majlis Kesyukuran Perkahwinan ini
bagi semua saudara-mara, sahabat-handai,
kenalan dekat mahupun jauh
samada pernah bersua muka mahupun tidak..

Tengok tarikh tu betul-betul.
Cepat-cepat ambik cuti dan book tiket.
Tak nampak? Klik untuk lebih jelas.


Klik gambar untuk lebih jelas.
Ini undangan dari mak ayah kami. Sebab kami anak-anak.
Jadi kena dengar apa kata mak ayah.


Ini Pelan ke rumah Pengantin Perempuan (Jue).
Tengok la betul-betul pelan tu. Kan kalu sesat,
salah masuk kenduri orang lain plak.


pelan ke rumah pengantin lelaki (zaidan).
Jemputlah mari deh. Kenduri ni kecil-kecilan jer.
Tetapi dengan kehadiran kalian insyaAllah lebih bermakna.

Nota:
Sebagai orang muda yang baru selangkah mahu melangkah ke alam yang serba baru dan mencabar ini, maka sukalah kiranya sahabat-sahabat sekalian mencoret sepatah dua kata-kata nasihat dan peringatan buat kami ini.

Mungkin pada kalian remeh, tetapi mungkin pada kami nasihat itu sangat berguna. Pengalaman, pengetahuan dan apa jua yang sudi dikongsi kami amat menghargainya. Mungkin tidak digunakan dalam masa terdekat, tetapi mungkin berguna pada suatu hari nanti.

Akhirnya, pohon jua dari kalian untuk mendoakan persiapan yang kami rancang ini berjalan baik dan berjaya disatukan, seterusnya kekal dalam membina rumahtangga muslim ini.

renungan untuk diriku;

"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." Al-Anfal: 27 & 28
 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: October 2007 | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top