Saturday 9 January 2010

Tahun Baru, Azam Baru & Sekolah Baru

Assalamualaikum w.b.t



Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1431 Hijrah dan 2010. Semoga kedatangan tahun baru ini memberi 1001 kebaikan untuk kita semua dalam menempuh hari2 yang semakin mencabar.

15 Januari ni genap la 3 tahun aku bergelar guru. Dan tahun ini juga aku bertukar sekolah lagi. Sekolah ke-3 bagiku. SMK Seri Budiman letaknya tidaklah jauh dari sekolah lamaku. Nak bertukar angin la konon. Mohon untuk mengajar di sesi petang supaya senang aku menguruskan Balqis ke sekolah 2 kali seminggu. Rupa2nya sekolah itu pun dah kena jadi satu sesi. Dalam mesyuarat pertama, pihak pengurusan memaklumkan bahawa sekolah 1 sesi akan dimulakan selepas cuti bulan 3.

Hari pertama persekolahan, Pengarah Pelajaran Trg dah datang sekolah mengarahkan supaya persekolahan 1 sesi dimulakan serta merta. Beliau memberikan masa selama 1 minggu saja untuk berpindah ke 2 blok baru yang telah siap. 1 bangunan dijadikan blok pentadbiran dan 1 lagi untuk pelajar tingkatan 1. Maka bermula lah kerja berpindah randah. Mujurlah aku ni orang baru, so barang pun x banyak la. Tapi penat jugak sebab bilik guru di tingkat 3. Lepas tu kelas yang aku pegang pulak di bangunan lain di tingkat 4. Macam nak tercabut skru2 aku ni turun naik tangga. Sabo jela.

Nak cite sikit pasal bangunan baru ni. X tau la sape punya kontraktor. Buat keje macam melepaskan batuk di tangga. Anak tangga yang x sama saiz dan tinggi. xde pulak bridge yang menghubungkan 2 blok. Memang memenatkan. xtau la dah ada CF ke belum. Risau gak sebab Terengganu memang terkenal dengan bangunan runtuh. Kami cikgu2 yang duk situ memang ada rasa takut dan bimbang. Tapi apa nak buat, Kami yang menurut perintah. Air pun belum ada lagi, dah suruh kami duduk situ. Huhuh!

Budak2 pulak memang agak nakal kalu dibandingkan dengan sekolah sebelum ni. Yang xleh baca dan tulis pun ada. Tahun ni aku kena mengajar subjek Science form 1 dan form 2. xtau la camne. Tapi aku rasa, untuk permulaan aku kena buat budak2 tu suka cikgu dia dulu. Baru boleh buat diorang suka apa yang nak ajar. Seboleh mungkin aku xnak marah2 diorang tapi kalau degil2 sangat terpaksa tegur gak. Nanti naik lemak pulak. Ish susahnya nak jadi cikgu zaman sekarang. Zaman budak sekolah sekolah yang x tahu nak hormat cikgu. Apapun azam tahun baru ni aku akan cuba yang terbaik. Aku akan buktikan student aku semuanya bukan budak2 yang x berguna. Bukan pelajar yang dilabelkan xtau apa2. Datang sekolah buang duit mak ayah. InsyaALLAH doakan aku mampu buat yang terbaik.

3 comments:

NuE said...

Tahniah...dapat pindah...
Adat lah tu...kadang2 tempat baru belum tentu lebih baik dari yang lama..apa2 pun selamat bertugas di sekolah baru...heheheheh...semoga segala ilmu dimanfaatkan dengan baik oleh pelajar2...Amin.Smoga sukses sebagai pendidik cemerlang...melahirkan generasi terbilang dlm segala hal..duniawi n ukhrawi...

ummubalqis said...

time kasih byk2 zah. bagi semangat ko aku. mu pun sama la ye. slmt bertugas la ye

Puan Sue said...

Cikgu Jun kang baik..Duk ngajor ka mane mane skoloh pong dak pe..Budok budok suke..

KE guane?

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: Tahun Baru, Azam Baru & Sekolah Baru | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top