Friday, 29 May 2009

Mampukah e-Book Merubah Wajah Pendidikan Terengganu?

Assalamualaikum w.b.t

Majlis pelancaran e-Book sekolah2 negeri Terengganu telah diadakan pada 26 Mei 2009 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu dan telah dirasmikan oleh Y.A.B MB Terengganu. E-Book merupakan sebuah mini laptop yang memuatkan silibus sebagaimana buku teks bagi semua matapelajaran ditambah dengan 30 juzuk al-Quran dan panduan solat.
Penggunaan e-book akan menggantikan buku teks yang sedia ada.

ni la rupa e-book

Sebanyak 25000 unit e-book akan diberikan kepada murid2 tahun 5 seluruh negeri sebagai perintis. Bagi tujuan maintenance, 2 orang juruteknik ditempatkan di setiap daerah. Persoalannya mampukah e-book ni merubah wajah pendidikan negeri Terengganu ke arah yang lebih baik?

Secara peribadi aku berpendapat, penggunaan e-book bagi menggantikan buku teks adalah tidak relevan. Walaupun ianya kelihatan sofisticated, canggih, mengikut perkembangan semasa tapi pada aku penggunaan buku teks tidak boleh dipandang rendah. Seorang murid yang datang ke perasmian tersebut bertanya kepada cikgunya

"Cikgu, ada game dok?"

Nampaknya 'game' adalah perkara utama yang difikirkan bila melihat e-book ini. Kalau buku teks pun penuh dengan 'vandalisme' nya, inikan pula e-book. Kerajaan negeri pastinya akan menghabiskan jutaan wang untuk menjaga dan membaikpulih e-book yang bakal dirosakkan oleh tangan2 yang nakal itu nanti. 2 orang technician belum tentu cukup untuk menjaga e-book di sebuah sekolah, inikan pula 1 daerah. Kalau nak bagi sangat, cukuplah 10 buah e-book bagi sebuah sekolah. tak perlulah diberikan kepada semua pelajar.

..........................................................................................................................................................................

Catatanku:

Ada baiknya wang itu digunakan untuk membuat program2 bagi membaikpulih akhlak pelajar2 negeri Terengganu yang semakin rosak.

Wednesday, 20 May 2009

Balqis & Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni merupakan hari pertama Balqis dihantar ke sekolah Pusat Harian Sindrom Down yang terletak di Kuala Ibai. Setelah diberi keizinan oleh Pengetua, umi pulang seawal jam 1.00 ptg untuk bersiap-siap membawa Balqis ke kelas yang bermula jam 1.45 ptg. Umi dan Abi tak sabar dan begitu excited nak bawak Balqis ke sekolah. Sampai saja di hadapan sekolah, Balqis dah terlena di pangkuan umi.

"Alamak adik (panggilan Balqis di rumah) dah tido la" kata umi

"Bangun dik, dah sampai sekolah ni" Abi mematikan enjin kereta

Bila didukung keluar dari kereta je, Balqis dah jaga. Agaknya dia pun dah tak sabar nak belajar. Kedatangan kami disambut oleh Cikgu Anita dan anaknya, Sonia yang juga merupakan seorang anak istimewa seperti Balqis. Umurnya sudah mencecah 22 tahun. Dialah yang membantu ibunya menguruskan pusat tersebut.

"Hari ni saya akan buat assessment dulu untuk menilai sejauh mana tahap dan kemampuan dia" terang Cikgu Anita kepada kami.

Dia adalah seorang wanita berbangsa India yang berasal dari Melaka dan telah lama menetap di Terengganu. Telah lebih 12 tahun dia berkhidmat di Pusat itu sebagai trainer tetap.


sempat lagi dia posing kat sekolah

Cikgu anita meminta umi meletakkan Balqis. Dia mula membuat penilaian terhadap kebolehan Balqis secara fizikal. Kemudian dia menunjukkan beberapa excercise yang boleh dilakukan seperti latihan merangkak dan duduk. Dalam usia mencecah 9 bulan, Balqis belum boleh merangkak lagi.

"Biasanya budak macam ni bila boleh jalan?" umi bertanya kepada cikgu Balqis

"Paling awal pun 2 years. Ada yang sampai 4 years" jawapan itu membuatkan umi bertekad untuk train Balqis supaya memecahkan rekod 2 tahun itu. Balqis mesti boleh! Anak umi dan abi kan hebat...

kemahiran memegang objek

Cikgu Anita memberikan sedikit penjelasan kepada umi tentang tingkahlaku kanak2 SD. Memasuki tahun kedua, kanak2 ini akan mula menunjukkan sikap protes dan emosinya yang tinggi. Dia akan mudah merajuk, marah dan sebagainya. So umi dan abi perlu sabar berdepan dengan semua tu nanti. Mereka juga mempunyai memori yang sangat kuat. Haa kalau nak berjanji tu wajib ditepati.

Menghampiri jam 4 petang, Balqis mula keletihan. Dah berapa kali dia menguap. Akhirnya Cikgu Anita berpesan kepada umi supaya membawa gambar, salinan surat beranak dan tuala minggu depan. Alhamdulillah banyak benda yang umi belajar di sini.

imej terbaru "ustazah" BAlqis

Wednesday, 13 May 2009

Muhasabah Seorang Isteri...

Assalamualaikum w.b.t

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...


1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
yang ni wat sokmo doh

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
yang ni pun ada

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
lebih 30 minit. kecuali time merajuk. heheh

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
belum pernah buat. tapi rasanya abang x suka trima hadiah:-)

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya) .
x boleh puji lebih2 takut riak plak...

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
biasanya aku yang selalu dipujuk

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
xdela. x make up pun

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
biasanya ckp "ok" je. x ucap pun timakasih

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
insyaALLAH ikhlas

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
i love u sayang...

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
biasanya kalau tgh wat keje lain tu dengar la jugak tapi xdela sampai berhenti...

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
sms je

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
ada gak

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
kadang kurang kadang lebih...ikut mood gak la

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
kalau x pnting biasanya sms je

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
so far x pnh lg la abg saja nk menjauhkan diri

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
ok

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
x pernah kena marah

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
alhamdulillah suamiku sorg yang ringan tulang

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
xyah pesan...abg memang selalu kabo

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
mesti la

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
tengok keadaan


23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
ada

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
kadang2 ada gak

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
yang sesat biasanya aku la

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
sabar

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
memang hobiku tukar channel. heheh

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
jaga

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
dia suka kot

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
tanya gak kdg2. mana tau dia x suka air yang kita buat

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
pilih sama2

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.
kdg lambat gak

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
gitu ke? tgk keadaan la

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.
hari2 istimewa je

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
x sempat nk g honeymoon...abi busy sokmo

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".
gurau2 ada la

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
x pernah

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
biasa la tu

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.
mana boleh sama. masa baru kenal ckp "ana enta"...

..........................................................................................................................................................................
Catatanku: I'll try my best to be a solehah wife

Monday, 11 May 2009

Selamat Hari Ibu

My beloved MA & AYAH


Andai disusun emas segunung

Andai dirantai permata mutiara

Andai dihitung pasir di gurun

Andai diempang air di lautan

Tidak akan mampu menandingi pengorbanan

Serta kasih sayang seorang ibu

Terima kasih ibu

Atas apa yang telah engkau berikan kepadaku

SELAMAT HARI IBU

Monday, 4 May 2009

Persatuan Sindrom Down Negeri Terengganu

Mesyuarat Agung Persatuan Sindrom Down Negeri Terengganu Kali ke-3

Tarikh: 2 Mei 2009

Tempat : Dewan SMK Bukit Tunggal

Masa : 9.30 pagi


Antara yang hadir


kanak-kanak ini riang bermain sambil dilayan oleh kakak
dan abang form 6 yang menjadi sukarelawan pada hari itu


persembahan dari pelajar2 SMK Bukit Tunggal


Balqis bersama kakak2 form 6


Pandai gak anak2 SD ni posing


Peminat Balqis


Balqis pun x melepaskan peluang bergambar

...........................................................................................................................................................................

Catatanku: Andai ada saudara mara atau kawan2 anda yang mempunyai anak2 istimewa ini, ingatkan mereka supaya mendaftar sebagai ahli persatuan untuk masa depan anak2 kita.

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: May 2009 | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top