Thursday, 9 April 2009

Klinik Desa

Assalamualaikum w.b.t

Isnin lepas aku ada bawak Balqis ke klinik desa berhampiran untuk monthly checkup dia. Pagi aku ke sekolah dulu sebab ada kelas masa pertama. Lepas kelas terus bergegas pulang amik Balqis di umah pengasuhnya untuk dibawa ke klinik. Nasib baik hari tu banyak masa free.


Ramainya kawan2 kat sini


Kebetulan pulak hari tu ramai orang. Lama jugak kami terpaksa menunggu giliran. Ada satu perkara yang menarik perhatianku hari tu. dalam ramai2 kaum ibu dan baby masing2 kat situ, tiba2 masuk seorang bapa mendukung bayinya dengan sebelah tangan je. Ku cuba intai kot isteri dia ada datang, tapi tidak kelihatan kelibat orang perempuan bersamanya.

Agaknya isteri dia x boleh tinggalkan kerja dia. So terpaksalah bapaknya yang bawak anak ke klinik. Aku memerhatikan gelagat si bapa ni. Baby yang comel itu dipakaikan tudung berwarna biru. Sungguh comel budak tu. Aku agak umurnya lebih kurang Balqis gak. Ready dengan botol susu, dimasukkan ke dalam mulut si anak. Padahal aku tengok anaknya x hisap pun. Dipandangnya muka ayah dia. Agaknya dalam hati, baby tu cakap...

"Papa ni x reti2 ke aku xnak susu. Pesal la disumbat jugak botol ni dalam mulut aku"

Bila nama anaknya dipanggil, dia pun datang. Misi mintak buka baju untuk ditimbang. Dalam hati aku berkata, "kasarnya orang ni pegang anak dia"...Biasa la lelaki. Walaupun dia datang lewat tapi misi bagi keutamaan pada dia. mungkin sebab dia sorang je lelaki


bila la misi nak panggil nama saya ni...


Sebenarnya x salah pun kalau kaum ayah pulak yang amik tanggungjawab bawa anak ke klinik. Cuma sudah menjadi adat kaum ibu yang selalu buat keje ni. Emm lepas ni umi x payah la susah2 nak bawak Balqis ke klinik lagi. Abi kan ada...

..........................................................................................................................................................................

Catatan: Balqis sekarang dah 7 bulan dengan berat badan 5.3kg

Monday, 6 April 2009

Pakaian Punca Dirogol

Assalamualaikum w.b.t

Satu artikel yang menarik untuk perhatian umum. Teruskan membaca...

Peningkatan kes keganasan terhadap wanita perlu dibendung pada peringkat sekolahKEGANASAN terhadap wanita tidak akan berhenti selagi tiada kesedaran sivik dan simpati dalam diri setiap individu. Baik lelaki mahupun wanita seharusnya memainkan peranan menangani masalah berkenaan tanpa menuding jari antara satu sama lain.

Statistik yang dilaporkan oleh pertubuhan Keganasan ke atas Wanita (VAW) menunjukkan kes itu semakin meningkat dengan 3,756 kes keganasan wanita dilaporkan berlaku pada 2007 berbanding 3,264 kes pada 2006.

Antara bentuk keganasan terhadap wanita yang utama ialah kes rogol yang bukan lagi asing di kalangan masyarakat. Menerusi statistik yang dikeluarkan di VAW, sebanyak 2,431 kes dilaporkan berlaku pada 2006, tetapi meningkat kepada 3,098 kes pada 2007.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah, berkata bukan saja wanita, remaja perempuan dan pelajar menjadi mangsa, tetapi bayi di bawah usia setahun juga pernah dilaporkan dirogol oleh bapa, abang, datuk, teman lelaki ibu dan sebagainya.

“Bagi mengelak kejadian yang boleh mencalar maruah wanita itu, kesedaran perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi kerana pendedahan mengenai isu seksual menerusi pendidikan moral sekali gus membantu pelajar menangani cara berkesan mengelak daripada menjadi mangsa rogol,” katanya pada majlis pelancaran kempen pendidikan awam, ‘Kembali ke Sekolah’ di Petaling Jaya, baru-baru ini..

Beliau berkata, walaupun ramai wanita yang enggan menerima hakikat cara berpakaian antara punca utama yang membawa kepada jenayah rogol, kajian dijalankan mendapati sebaliknya.

“Antara perkara yang mendorong kepada kejadian ini ialah pakaian seragam sekolah yang ada kalanya terlalu jarang. Pakaian sekolah yang nipis sehingga boleh menampakkan bahagian dalam wanita dikategori sebagai seksi yang secara tidak langsung ia nampak berahi dan menggalakkan kepada kes rogol terhadap pelajar.

“Selain itu, faktor pemakaian wanita dewasa juga seharusnya diambil kira. Mengenakan pakaian jarang, ketat atau pendek sehingga mendedahkan bahagian dada, kaki dan perut juga boleh mendorong kejadian rogol,” katanya.

Ivy berkata, bagi permulaan tahun baru dan bermulanya musim sekolah ini, VAW memperkenalkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’. Menerusi kempen itu, WAO mengeluarkan lebih 1,000 poskad yang memaparkan gambar pelajar sekolah menengah yang dikaburkan pada bahagian dada untuk diedarkan di kedai buku MPH seluruh negara. Selain itu, WAO turut mengeluarkan poster daripada gambar sama dan digantung di kedai buku berkenaan.

“Pada 2009, kita mahu isu keganasan terhadap wanita terutama kes rogol ditangani segera. Dengan sekolah kini dibuka, kami berharap pengedaran poskad berkenaan secara tidak langsung memberi gambaran sebenar kenapa kejadian rogol berlaku.

“Bagaimanapun, ia turut meningkatkan kesedaran bahawa corak pemakaian memainkan peranan. Mengenakan pakaian nipis ke sekolah sangat tidak bersesuaian dan ia agak tidak bermoral di kalangan pelajar yang seharusnya menimba ilmu bukannya mendorong kepada kejadian yang mereka sendiri tidak mahu terjadi ke atas diri mereka,” katanya.

Ivy berkata, memperkenalkan kempen ‘Kembali ke ‘Sekolah’ itu, WAO turut menyebarkan maklumat dan panduan mengenai keganasan wanita menerusi laman web baru iaitu www.wao.org.my/censored yang di taja oleh Arc Worldwide Malaysia.

“Masyarakat boleh membuat rujukan dan menambah pengetahuan mengenai kejadian kes keganasan wanita secara keseluruhan,” katanya.

Laman web berkenaan juga menyediakan borang muat turun terhadap isu itu serta panduan kepada mangsa kes gangguan seksual, penderaan, penyalahgunaan kewangan, gangguan psikologikal dan emosional, penyalahgunaan sosial serta penyalahgunaan fizika

...........................................................................................................................................................................

p/s: Jangan la duk seronok sangat nak tunjuk kat orang apa yang kita ada tu. Kalau nasi dah jadi bubur, xde gunanya lagi menyesal. Aku paling menyampah kalu baca berita pompuan kena rogol ngn boyfren. Sape suruh cari penyakit duk ikut jantan.

Sunday, 5 April 2009

Bila Result Merosot, Siapa Yang Bersalah???


Assalamualaikum...

Keputusan peperiksaan SPM 2008 baru2 ini telah mencipta rekod baru apabila seorang pelajar dari Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal mendapat 20A (19A1, 1A2) dan merupakan pelajar terbaik negara.


Di sebalik keriuhan orang memperkatakan tentang kejayaan Nik Nor Madihah, masih terdapat banyak sekolah yang mengalalami kemerosotan dalam keputusan SPM 2008. Persoalannya, kepada siapakah yang selayaknya diletakkan kesalahan dan kesilapan itu bilamana perkara ini terjadi? Pelajar? Guru? Ibubapa? Kementerian? atau Siapa?

Sekolah tempat aku mengajar pun mengalami musim kejatuhan baik dalam PMR mahupun SPM. Mungkin terpengaruh dengan kemelesetan ekonomi dunia agaknya. heheh! Pada pandangan aku secara peribadi, semua pihak bertanggungjawab dalam hal ini. Baik ibubapa, guru, pihak sekolah dan pelajar itu sendiri.

Meletakkan kesalahan 100% pada guru adalah suatu perkara yang tidak bijak pada aku. Sebagai guru (walaupun aku tidak mengajar kelas exam), guru sudah mencuba yang terbaik. Dan tidak ada guru yang mahu melihat anak muridnya gagal. Aku selalu berpesan pada diri sendiri "walau macamana marahnya aku pada seseorg pelajar itu, jgn sesekali mendoakan yang tidak elok untuk mereka kerana doa guru itu makbul".

Aku tidak boleh menerima kenyataan yang mengatakan,

"Kita tidak boleh menyalahkan pelajar. Ini tanggungjawb kita sebagai guru untuk memastikan pelajar2 kita mendapat keputusan yang cemerlang. Cikgu mesti muhasabah balik apa yang telah cikgu buat"

Jauh di sudut hati, aku agak terkilan bila ada pihak yang meletakkan kesalahan itu hanya pada guru. Bukan kerana aku seorang guru, tapi kerana aku melihat perkara ini secara menyeluruh. Aku mula membuat perbandingan, Zaman aku di alam persekolahan dan zaman sekarang. Budak dahulu dan budak sekarang. Sangat jauh bezanya. Bagi aku, dalam bab menuntut ilmu ini, soal keberkatan sangatlah penting. Sejauh mana kita menjaga hubungan dengan Allah dan juga hubungan dengan manusia. Aku percaya adik Nik Nor Madihah seorang yang menjaga kedua2 hubungan ini dan hasilnya dia dikurniakan kejayaan itu.

Ibu bapa juga ada saham mereka dalam kejayaan atau kegagalan anak2. Janganlah dituding jari pada pihak sekolah semata. Ingatlah, satu jari ditunjukkan kepada orang lain, empat jari lagi menunjuk kepada kita. Kalau anak dimarah atau didenda guru, mak bapak juga yang datang backup si anak. Silap haribulan guru yang kena naik turun court.

Kesimpulannya marilah kita sama2 berusaha sedaya upaya kita untuk meningkatkan potensi diri anak2 mengikut acuan Islam. Sesungguhnya kejayaan yang sebenar itu bukanlah terletak pada pencapaian akademik semata tapi lihatlah kejayaan itu dari kacamata Islam yang sebenarnya.

"Sesungguhnya berjayalah orang2 yang beriman. Iaitu orang yang Khusyuk dalam solatnya." (Al-mukminun:1-2)

Marilah sama2 kita menyelamatkan diri dan keluarga kita dari bakaran api neraka....

 
Copyright @ 2008 Kembara Di Bumi Tuhan: April 2009 | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top